"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Sunday, December 26, 2010

Makanan mamak termasuk roti canai naik awal tahun depan!! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

Makanan mamak termasuk roti canai naik awal tahun depan!! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

Bila ayahnyah membaca tajuk berita di Kosmo padahari Sabtu 25 Disember, terpanggil ayahnyah untuk komen, bukan di sebabkan harga naik tu atau tentang si Presma yang di pimpin olih saudara Noorul Hassan Sahul Hameed tapi ayahnyah nak komen tentang beberapa badut yang memberi cadangan dan komen tentang ura-ura Presma nak naik harga jualan di restoren-restoren mamak. Andai nya komen tu datang nya dari induvidu atau jurucakap persatuan lain, ayahnyah tak heran kerana mungkin mereka tak tahu, tapi.......lucu nya jaguh-jaguh dari FOMCA.
Lucu kerana si jaguh tadi terlupa yang si Presma tadi juga pengguna dan menjadi pengusaha, dia sepatut nya tidak mengeluarkan kenyataan ' boikot sahaja jika mahal '. Sepatutnya dia jadi orang tengah, kalau kita teliti maksud persatuan pengguna, orang bodoh pun tahu, guna ditubuhkan salah satu fungsinya membela pengguna tapi kalau nak menghentam dan membunuh pengguna baik bubar je.
Wahai si jaguh!!!! Masa barang naik, minyak naik, kamu di mana??? Sekarang barang hari-hari naik, kamu buat apa??? Mana mulut kamu??? Tiba-tiba si Presma nak naik harga kamu nak jadi jaguh...
Cuba buat homework sedikit kenapa si Presma nak naik harga. Betul tak tindakan Presma tu? Perbetulkan sedikit minda anda, Presma tu pengguna. Mereka tu jadi mangsa kepada pihak pengeluar dan pemborong. Puncanya naik sahaja petrol,teranugerahlah lesen naik sesukahati olih penggeluar dan pemborong. Di tambah pulak dengan sokongan olih akhbar-akhbar yang sekarang ni mengambil sikap berdiam diri tak mahu langsung melapur tentang kenaikan harga. Dulu akhbar harga barang baru naik sedikit dah jadi isu tapi sekarang.....
Wahai si jaguh FOMCA, sebenarnya pengguna dan juga peniaga kecil seperti kami lah yang tenat merana menghadapi tekanan harga barang yang setiap hari naik. Media cetak atau media elektronk tak lapur, senyap alim seribu bahasa, sedar-sedar terkejut beruk barang naik. Petrol nak naik....senyap sahaja, malam beratur jam panjang di setesen-stesen minyak pada malam sebelum pukul 1200. Jam 1201 harga petrol dah naik. Seingat ayahnyah lah gas LPG dari setong RM19 kini RM26 dan ada setengah tempat RM28 naik tak ada pun FOMCA atau akhbar nak berdehem. Kalau ayahnyah, pakai satu tong tu dua hari. Ayahnyah nak bagi contoh yang terbaik buat FOMCA, pada pagi hari Rabu 22.12.2010 ayahnyah pergi kekedai borong membeli keperluan berniaga, ayahnyah lihat harga bawang besar seguni RM11, ayahnyah tangguh sebab besuk baru ayahnyah nak masak sambal tapi keesukan hari Khamis 23.12.2010, ayahnyah pergi harganya RM17. Walhal guni semalam, rak sama dan susunan dan bawangnya sama tapi harganya melambung.Pergi kedai lain lagi mahal,sampai RM21 pun ada.
Tengoklah harga gula...melambung-lambung naik, jangan lah FOMCA juga nak ikut macam KPDNKK, nak tutup tentang kenaikan harga gula pakat-pakat buat iklan bodoh ' kurangkan gula tambahkan seyuman ' tak payahlah nak takut-takutkan orang dengan statistik Kementerian Kesihatan, kencing manis salah satu pembunuh terbesar  rakyat Malaysia. Isu sebenar bukan gula tu tapi harga gula tu tak munasabah.
Tidak ada rakyat Malaysia yang bodoh dan hendak di perbodohkan. Sebenarnya gula adalah satu bahan nak mengimbang rasa sesuatu masakan, kena ada barulah rasa sedap sesuatu masaakan, ada masin, manis dan masamnya.Memang menjadi suatu keperluan buat kami.Begitu juga barang yang lain.
Beras naikkkk, dulu ayahnyah menggunakan beras cap Rambutan tapi ayahnyah terpaksa tinggalkan kerana dulu harganya dari Rm19.50 sekampit 10kg naik, naik, naik, kini RM29. Minyak dah RM13.35 untuk 05kg.
Barang-barang pembungkus naik...Contohnya Kotak nasi, beg plastik,rubber band dan macam-macam lagi naik.
Lari pulak kepasar semua naik, ayam bersih RM4.60 kg ke RM6.30kg, santan RM4.50kg kini RM6.00..ikan sardin yang pecah perut dah warna putih terendam dalam air pun harganya RM10. Apalagi yang tak naik, sampai serai pun naik harga.Apa semua barang-barang tu kamu nak suruh boikot ke?
Heran bin Ajaib tiba-tiba je jaguh-jaguh FOMCA jadi Panglima Boikot. Boikot pulak tu bukan pada pengilang , pengeluar atau pemborong tapi pada pengusaha restoren dan peniaga kecil seperti kami yang dah azab sengsara dan tenat yang dah masuk dalam ' zon bertahan '.
Wahai FOMCA! Wahai PPIM! Wahai KPDNKK! Bangunlah, sedarlah, pada siapa patut kamu beri arahan, pada siapa patut kamu buat penguatkuasaan. Janganlah kami Pengusaha dan peniaga kecil ni yang kamu nak lenyek nak kamu jegil, sedangkan jerung-jerung besar punca barang naik. Kamu menikus tak berani sentuh.

Friday, December 24, 2010

Terpisah Lebih Sedekad

Pada hari Ahad 14hb. November 2010, ayahnyah n wannyah menerima jemputan majlis perkahwinan anak lelaki sahabat lama kami Puan Asnah Bt Wahab, di rumahnya di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai. Melaka.
Anak lelaki beliau En. Hasrul Nizam Bin Mohd Shah yang bertugas di Kem Terendak Melaka telah bertemu jodoh dengan Cik Ermawati. Semoga rumah tangga mereka di berkati dan di redhoi Allah dan berkekalan bahagia hingga keakhir hayat hendaknya. Amin.


                            
Inilah wajah kedua-dua mempelai yang sama padan bagai pinang di belah dua. Di doakan mereka bahagia hingga keakhir hayat.
Sebenarnya ayahnyah dan Pn.Asnah sama-sama bertugas di Aironautical Inspection Services MATRA 1,Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuala Lumpur , dari 1990- 1996 (1996 ayahnyah bertukar ke Bahagian Pejabat Inspectorate General TUDM di MINDEF. Pn. Asnah seorang bekas anggota wanita TUDM (Air/Woman) tred Instrument.Kalau tak silap ayahnyah beliau intake ketiga Air/Woman.
Kami tak sangka di Majlis itu kami dipertemukan dengan sahabat-sahabat lama yang sama-sama bertugas di AIS dulu.


Kelihatan dari kiri Pn.Midah (isteri kepada saudara Nordin Jantan), Pn Asnah Wahab (ibu pengantin),Wannyah (ex 1st intake Air/Woman regular,tred Admin) dan anak kami Balqis. 

Wannyah dan Pn.Midah(isteri saudara Nordin Jantan).


Bergambar kenangan dari kiri Ayahnyah (tred-electrical), saudara Nordin B Jantan (tred-Safety),saudara Abdul Rahim Radzi (tred-A/Frame),saudara Raden (tred-A/Frame),saudara Abd Wahil Abd Rahman(tred-electrical) dan saudara Abd Jalil (tred-air radio). Kami sama-sama bertugas di AIS dulu.

Sudah 14 tahun kami tidak berjumpa,sudah tentu banyak cerita-cerita yang kami bualkan.Setelah bersara dari TUDM, ayahnyah berniaga sendiri, saudara Nordin menjadi kontraktor di Melaka, saudara Rahim bekerja dengan syarikat Aviation di Subang,saudara Raden dengan MAS Subang,saudara Wahil bekerja sendiri di Segamat,saudara Jalil bekerja sendiri di Wangsa Maju dan Puan Asnah peniaga di Melaka.

Balqis sempat posing di situ.


Wednesday, December 22, 2010

Tangan-tangan ghaib bersama penganjur.


Mungkin kerana menganggap peniaga pasar malam tu banyak duit,itulah berebut individu atau perkumpulan mendaftar untuk menjadi penganjur pasar malam. Tak kiralah atas topeng atau platform apa sekalipun atau alasan apa sekalipun. Tapi usahlah di nafikan nak jadi kayalah sasarannya kerana menjadi penganjur pasar malam itu salah satu cabang perniagaan. Hanya orang gila saja yang berniaga tak mahu untung. Bayangkan sesiapa saja yang jadi penganjur pasar malam yang dapat buka tapak pasar malam baru di kawasan MPKJ. Satu tapak paling murah RM300. Kalau 300 tapak??? Dah ramai penganjur yang ayahnyah kenal yang dah kaya, itu yang ikut jalan lurus ramai juga yang papa tak berubah tapi dah terlibat buka dua tiga tapak pasar malam.Kalau penganjur bukan Islam, ayahnyah tak heran kerana dah memang cara mereka begitu. Tapi kita.......
Bagi peniaga meraka tidak membangkang walau berapa pun harga satu tapak yang di kenakan oleh pihak penganjur untuk tapak pasar malam baru, tapi.... .bagi kes Pasar Malam Bandar Tasik Kesuma bagi hari Isnin. ia adalah tapak lama dan peniaga dah lama berniaga dan mempunyai lesen untuk tapak itu. Tidak logik langsung kalau penganjur mengenakan satu tapak bagi penganjur lama RM175. Macammana kalau peniaga ada lima tapak???? Tiada siapa di kalangan peniaga yang nak bermusuh dengan penganjur. Kalau penganjur nak duit macam tapak baru, bukalah tapak lain atau hari lain. Tidak ada sesiapa pun yang bangkang. Kalau peniaga setuju dah tentu mereka akan menyertainya. Tapi..bukan di tapak yang lama, alasan kami senang je, budak kecil baru pandai berjalan pun akan faham. Pertukaran hanya melibatkan penganjur bukan peniaga. Maksud nya hanya pentadbiran atau pengurusan atau bendera atau orang atau apa saja sedap mulut anda nak menyebutnya tapi lesen atau peniaga tak bertukar. Lesen peniaga hanya perlu di perbaharui. Usahlah di kelentongkan kami yang lesen perlu di tukar kerana kami bukan baru semalam berniaga dan janganlah bagi alasan tak logik kerana penganjur tak dapat Pasar Ramadhan, jadi mereka kenakan 'charge ' sebegitu.
Tolong lah wahai penganjur bersikap terbukalah. Cubalah rasional dan bertimbang rasa, anda sebagai penganjur sepatutnya menjaga kebajikan peniaga. Penganjur dan peniaga sepatut nya berkerjasama dan bertolak ansur. Kalau ya lah penganjur sekarang tak bagi hasil pada persatuan penduduk, sepatut nya kita manusia waras, benda tu kecil sahaja, boleh di bawa berbincang. Tak payah lah di bawa berbalah. Nanti di sebabkan penganjur, MPKJ arahkan pasar malam tu di tutup, yang susah peniaga....kamu dah tutup salah satu tempat cari makan mereka. Tak payah lah nak lepas-lepas cakap ' orang luar..anak jati Beranang ' sama sahaja. Kulit kita warnanya sama, darah kita pun warnanya sama, menang kalah kita berbalah kampung kita tetap tergadai juga.
Seperti yang ayahnyah katakan perniagaan pasar malam sejak bulan Ramadhan hingga sekarang merudum. Bahang kenaikan harga dan ekonomi yang teruk dan pengunjung datang hanya buat 'window shoping ', memeritkan kehidupan peniaga yang sekarang dalam 'zone bertahan '. Janganlah anda mengambil kesempatan menuba keuntungan dalam keadaan begini. Fikirlah sekolah dah nak di buka dan tanggung jawab dan masaalah kami peniaga sebagai ibu bapa. Anda sebagai penganjur memang boleh berkata "kalau tak setuju, tinggalkan pasar malam tu " kerana anda di beri kelulusan oleh MPKJ, anda boleh buat sesukahati anda tapi ingatlah kuasa tu pinjaman sahaja. Ia bersifat sementara.
Anda sebagai penganjur boleh meminta satu kepala sebanyak RM50 seorang daripada peniaga tak kira lah dia ada satu atau sepuluh tapak atas alasan duit pengurusan setahun, untuk cat garisan atau apa-apa alasan, rasa ayahnyah tak ada peniaga yang bangkang. Tapi...kalau RM175 , cubalah anda bawa bertenang dan berhenti berfikir sebagai penganjur dan bawa diri anda berfikir sebagai peniaga. Ayahnyah tahu penganjur memang tidak kesaorangan, ada 'tangan-tangan ghaib' yang menangguk keuntungan. Jangan lah di biar kita menjadi boneka yang terajunya dipegang oleh orang lain. Janganlah kita hanya bertukar warna baju sahaja kerana 'mau cari makan ' sedangkan perangai sama ala lanun moden bertopengkan slogan ' nak membela rakyat '. Tapi apa alasan sekalipun anda tak ubah penindas yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Thursday, December 16, 2010

PENGANJUR KECOH - PENIAGA MAMPUS

Para peniaga pasar malam Hari Isnin Di Bandar Tasik Kesuma Beranang di kejutkan dengan berita yang pengurusan pasar malam itu akan di ambil alih oleh pengurusan baru iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Angin tidak, ribut pun tidak tiba-tiba kami di datangi oleh sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil JMB yang diketuai oleh Pengerusi nya Saudara Mat Ali Bin Tukiman, Saudara Kasim (Bendahari), dan Saudara Zul (merangkap Bakal Pengerusi Pasar Malam nanti).Mereka mengedarkan borang Bancian Peringkat Awal untuk di isi. Biasalah isu lapuk di mana-mana jua Pasar Malam bila penganjur nya bertukar, ada saja cerita negatif berkenaan penganjur lama buat tahi walaupun penganjur tu dah buat yang terbaik. Tapi bila kita nak ambil alih cerita-cerita negatif ni pun mula le tersibar. Ini pun kita kita tak boleh elak atau kikis kerana dah di namakan MELAYU....PHD tu Warisan kita. Yang nak memampuskan Melayu...MELAYU le juga...INGAT...yang nak bertepuk tangan dan tunggu peluang....1 MALAYSIA..!!!!

Ini lah borang bancian peringkat awal yang di edar oleh AJK JMB pada hari Khamis 09 December 2010, disuruh isi hari itu jugak tapi kami tak isi, Hari Isnin 13.12.2010 baru kami serahkan borang. Menurut penerangan pengerusi JMB pada Ayahnyah, peniaga lama boleh berniaga seperti biasa, kekal  tempat lama dan bayar lesen sahaja ke MPKJ bila tahun baru kelak.Dia meyakinkan ayahnyah yang pengurusan je berubah tapi...lain-lain tetap dikekalkan untuk peniaga lama. Mereka dari JMB lebih mementingkan kebajikan peniaga dan tidak akan membebankan peniaga lama.Duit kutipan sampah dibayar RM4.00 satu tapak setiap kali berniaga.Berbanding sekarang RM5.00. 

Ini salinan surat dari MPKJ kepada peniaga -peniaga Pasar Malam (Isnin), bukti JMB akan mengambil alih Pengurusan mulai 01 Jan 2011 dari Nozhar Bin Che Noor ( Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Zon Kajang).Surat ini di tandatangan oleh Puan/Cik Zalinda Binti Zainudin, Pen. Pengarah Kanan Bah. Perlesenan.MPKJ.

HAAAAAA!!!!!! Ini lah yang paling seronok sekali. Bila borang dah isi...Puan/Cik Zalinda pun dah seronok sain surat kelulusan serah pada JMB. Peniaga lama mula TERKANGKANG MENONGGENG. Cuba teliti risalah diatas untuk peniaga LAMA.... Peniaga BARU Ayahnyah tak kisah kerana kalau dia nak berniaga dan bersetuju dengan harga tu...dia ambil tapi... kalau dia tak setuju..dia berambus...TAPI orang lama yang dari mula lagi menghidupkan pasar malam itu, sama-sama sabar berjuang dan tunggu bersama-sama NOZHAR dari Pasar Malam ' Hidup Segan Mampus Tak Mahu' hingga menjadi salah satu Pasar Malam paling meriah dalam Empayar MPKJ. Tiba-tiba kena bayar RM470.00 macam nak masuk Pasar Malam baru. Dah lah baru-baru ni bila orang tenguk Pasar Malam tu berjaya ada kumpulan merah mata...mintak MPKJ luluskan Pasar Malam Hari Khamis di tempat sama. Tu Ayahnyah tak heran kerana seperti yang Ayahnyah katakan, Pasar Malam yang baru dibuka, sukahati Penganjur le nak letak harga. Ayahnyah pun kena RM530.00 untuk dua tapak, sebab.. hari Khamis Ayahnyah memang tak ada tempat nak berniaga. Tapi....tengok Mana-mana tempat pun kalau satu minggu Pasar Malam di buka dua kali, salah satu akan MAMPUS, kalau tak akan ' HIdup Segan Mampus Tak Mahu '. Memang akan terjejas.
Sepatutnya MPKJ badan Profesional yang mempunyai pakar-pakar dan pengalaman yang luas, patut memantau kelulusan tapak Pasar Malam. Jangan dilulus dua kali seminggu disesuatu tempat. Cukup sekali, kalau nak buka cari tempat lain. 
Wahai MPKJ yang Ayahnyah hormati dan Sayangi! Pengurusan Lama di bawah jagaan  Saudara Norzhar Che Noor telah membuktikan kecermelangannya dalam pengurusan Pasar Malam Hari Isnin Bandar Tasik Kesuma. Dah Puluhan Ribu duit nya habis bersabar nak menghidupkan Pasar Malam tu bersama peniaga setia. Tapak Pasar Malam Bandar Tasik Kesuma berbeza kerana tapak tu tapak swasta kena bayar Sewa Bulanan pada Pemaju Perumahan .Beliau tak pun buat tahi macam penganjur lain. Dah berak dan buat tahi dan tinggalkan peniaga terkoteng-koteng kena saman dengan MPKJ, lepas tu mereka dapat pulak bukak hari lain atau tempat lain. Kalau dia makan duit mana bukti nya , jangan sedap mulut je orang buat cerita.
Ini semua kerja MELAYU... BILA dah meriah mulalah datang PENGACAU-PENGACAU yang berangan-angan nak kaya yang meraih keuntungan atas keringat dan penat lelah orang lain. Dah banyak bukti dan contoh-contoh penganjur yang buka pasar malam yang menambah bini, lagak YB,beli kereta buat tahi dan tinggalkan pasar malam yang memeningkan MPKJ. Tapi yang jahanam dan jadi mangsa nya peniaga.
Mungkin orang ramai memikirkan yang peniaga Pasar Malam tu senang, itulah sebabnya berebut orang nak jadi penganjur...penuh dalam kepala otak angan-angan dan perancangan sebelum jadi penganjur.Itulah sebabnya orang yang BONGOK pun boleh jadi penganjur bukak tempat ' JIN BERTENDANG ' lepas tu lingkup. Dah banyak kali, dah banyak tempat,asyik peniaga je yang terkena.
Bukan Pasar Malam sahaja, begitu juga dengan Pasar Ramadhan. Penganjur yang sedap, lingkup Pasar Malam atau Pasar Ramadhan pun dia dah bawa duit. Bini dah bertambah. Kereta dah baru, yang lingkup peniaga. Peniaga berambus, penganjur perkena Peniaga lain pulak. Lagi cepat Peniaga bertukar ganti...lagi cepat Penganjur dapat duit. Lagi sombong le Penganjur, jalan pun dah mengepak lagak YB. Bukan dia je BINI pun lagak macam MAK DATIN...nada bercakap pun dah lain sombong...pantang peniaga tanya sikit melenting...Kita tengok pun meluat bukan takut. Tapi bila dah laki tambah cawangan hilang aksen Mak Datin.  
Janganlah  menggunakan alasan MPKJ nak serahkan semua pengurusan Pasar Malam kepada persatuan penduduk setempat konon nya nak isi duit tabungan persatuan, rekod kecermelangan orang lama menguruskan Pasar Malam di ketepikan. Kalau dekat JKR tu Penganjur lama dah di kategorikan KONTRAKTOR WIBAWA. Jangan lah takut dengan tekanan bendera Pemimpin Politik yang nak meraih simpati penduduk. Tak ada sebab Penganjur lama di ganti. Tenguk lah belum lagi rasmi mengambil alih,dah nak MENYANGAK duit peniaga.
Kalau MPKJ nak meluluskan lesen mereka, suruh meraka buka tempat lain.Di Pangsapuri Baiduri pun boleh buka pasar malam atau apa sahaja pasar di situ. Kenapa nak terbeliak mata dan merah mata berebut hari Isnin. Janganlah meraih untung atas jerih usaha orang lain.Buang lah sifat saki baki MELAYU tu...PHD.
Janganlah di ganggu hari Isnin. Cukuplah sudah hari Khamis MPKJ beri pada Fasa 4. Itu pun cuba wakil MPKJ turun padang tenguk dengan mata kepala sendiri suasana Pasar Malam hari Khamis, cuba pakar-pakar kerja sedikit sebagai panduan nak melulus pasar kalau penganjur nak buka seminggu dua kali di tempat sama. Peniaga Pasar Malam mungkin tak sekolah tinggi...  
INGATLAH...!! yang nak menyanyi lagu ' JERITAN BATIN ' bukan penganjur tapi peniaga. Nak memeriahkan Pasar Malam tu bukan penganjur tapi peniaga. Nak bagi PULUS pada MPKJ pun bukan penganjur tapi peniaga.Nak mampus pun bukan penganjur tapi peniaga. JUGAK....BUKAN, BUKAN, BUKAN...Wakil  Bendera Pemimpin Politik....tak kira le bendera apa sekalipun sama je....mereka bukan kira sapa mampus janji asyok,mereka akan ambil kisah nanti dah dekat nak pilihanraya baru punggung rasa panas berbulu nak bersalam dengan peniaga. Baru nak tanya khabar peniaga bila nak mampus.
INGAT LE MPKJ JANGAN BIARKAN PENGANJUR KEDARAH DUIT MELAMPAU ATAS KERINGAT PENIAGA. BUKAN SENANG CARI DUIT, NAK TERCABUT TULANG PENIAGA MENCARI DUIT SEMASA ORANG LAIN BELUM CELIK MATA...KAMI KELUAR CARI BAHAN NAK BERNUAGA  SAMPAI ORANG LAIN DAH MEROLOH, PENIAGA MASIH MEMUNGGAH DAN MENGEMAS BARANG. HANYA MECARI DUIT NAK MEMBESARKAN ANAK-ANAK.
SEDARLAH PERNIAGAAN PASAR MALAM BUKAN SEPERTI 10 TAHUN DULU, BOLEH KAYA TAPI SEKARANG, TAMBAHAN...SEJAK MASUK TAHUN 2010 DAN SEJAK CUACA TAK MENENTU DI MALAYSIA YANG ASYIK HUJAN DAN BARANG YANG MELAMBUNG NAIK NI PERNIAGAAN PASAR MALAM TERUTAMA PERNIAGAAN MAKANAN  DAH ' KAIS MALAM NAK CARI MODAL ESOK ' KADANG MODAL PUN TAK DAPAT KENA KOREK KERANA HUJAN NASI DAN LAUK PAUK DAH MASUK LONGKANG. BUKAN BOLEH DI SIMPAN ESUK. DAH RAMAI PENIAGA YANG GULUNG TIKAR. CARI PEKERJAAN LAIN.
JANGAN LE NAK CERITA PASAL TOPIK REDHO..KALAU TAK PAHAM DAN TAK MERASA..
TAHUN 2010 DAH NAK HABIS, LESEN PUN NAK DI PERBAHARUI, PENGANJUR MULA LAH BERCONGAK-CONGAK NAK CARI ANGKA SESUAI NAK MEMBAHAM PENIAGA.
TOLONG-TOLONG LE MPKJ PANTAU. PENIAGA TAK ADA TEMPAT NAK MENGADU......KALAU BUKAN MPKJ PADA SIAPA???
KALAU LAH PENIAGA PASAR MALAM TU BANYAK DUIT APA DI PERONJANG DIA TUNGGU PASAR MALAM BAIK BUKAK PASARAYA ALA TESCO.

Friday, December 10, 2010

IKAN BAKAR SRI MURNI LANGAT.

Rabu lepas asyik hujan je kami buat keputusan pergi makan ikan bakar kat Hulu Langat. Sebenarnya kami dah berpuluh kali makan ikan bakar kat situ tapi tak berkesempatan nak cerita pada pembaca. Ikan bakar kat situ pada kami memang sedap dan harganya pun berpatutan. Berbaloi le kalau kita gi makan kat situ.
Macam2 ikan boleh anda order samaada ikan air tawar atau ikan laut. Kami skeluarga memang peminat ikan bakar air tawar. Mereka memang pakar bakar ikan. Air asam dan kicap nya memang terasa. Itu yang mustahak kalau kita makan ikan bakar.Bukan kami nak promote (tak dapat apa pun), kami cuba nak bantu anda yang tercari-cari salah satu tempat nak ubah selera makan.
Kalau anda nak kesana senang je.Kalau anda masuk ikut pekan Batu 9 Cheras, sampai Balai Polis Pekan Bt.9,kalau dari Kajang lampu isyarat masuk kanan tapi...kalau dari KL tak tempuh lampu isyarat, susur kiri.
Terus jalan anda akan jumpa Kpg Sungai Serai, Dusun Nanding, Pekan Bt 14, IKBN Dusun Tua dan Pekan Bt.18. Sampai Pekan Bt.18, hati-hati kerana lepas pekan tu ada satu simpang kanan ke Kg Jawa..Masuk simpang tu dan terus jalan.Tak berapa jauh dah kerana ia terletak kat Batu 19 kampung Jawa.Nak sampai kesitu anda akan berjumpa dengan batu tanda ini dulu di sebelah kanan dan tempatnya sebelah kiri.

Gambar ni di ambil dah malam, kawasan situ langsung tak ada cahaya.Itulah mercu tanda ke Pondok Ikan Bakar Sri Murni Bt 19 Kg Jawa Hulu Langat.

Gambar pondok tempat makan.Pondok ni terletak atas air. Boleh makan duduk bersila atau makan duduk dikerusi.

Kelihatan pemandangan kolam di sekeliling pondok makan. Sementara menunggu pesanan. Kita terhibur melihat ikan-ikan disitu.

Harga seekor ikan patin bakar tu RM 24.00.
Harga Ikan Patin masak masam manis ni RM 30.00.

Ikan Talipia Bakar ni harga nya RM 20.00.

Kami malam tu memilih untuk duduk bersila untuk menjamu selera disitu.Harga satu jug teh O ialah RM9.00.
Memang berbaloi le makan disitu. Sambil menjamu selera, anda boleh berkaroke. Disitu di sediakan kemudahan berkaroke.

PERINGATAN....CUTI PADA HARI KHAMIS MALAM JUMAAT.

Sekiranya anda nak kesitu anda boleh hubungi :
Encik Anuar Bin Amin (Pengurus). Di talian 019-2572169 dan 019-6040138.