Wednesday, December 22, 2010
Tangan-tangan ghaib bersama penganjur.
Mungkin kerana menganggap peniaga pasar malam tu banyak duit,itulah berebut individu atau perkumpulan mendaftar untuk menjadi penganjur pasar malam. Tak kiralah atas topeng atau platform apa sekalipun atau alasan apa sekalipun. Tapi usahlah di nafikan nak jadi kayalah sasarannya kerana menjadi penganjur pasar malam itu salah satu cabang perniagaan. Hanya orang gila saja yang berniaga tak mahu untung. Bayangkan sesiapa saja yang jadi penganjur pasar malam yang dapat buka tapak pasar malam baru di kawasan MPKJ. Satu tapak paling murah RM300. Kalau 300 tapak??? Dah ramai penganjur yang ayahnyah kenal yang dah kaya, itu yang ikut jalan lurus ramai juga yang papa tak berubah tapi dah terlibat buka dua tiga tapak pasar malam.Kalau penganjur bukan Islam, ayahnyah tak heran kerana dah memang cara mereka begitu. Tapi kita.......
Bagi peniaga meraka tidak membangkang walau berapa pun harga satu tapak yang di kenakan oleh pihak penganjur untuk tapak pasar malam baru, tapi.... .bagi kes Pasar Malam Bandar Tasik Kesuma bagi hari Isnin. ia adalah tapak lama dan peniaga dah lama berniaga dan mempunyai lesen untuk tapak itu. Tidak logik langsung kalau penganjur mengenakan satu tapak bagi penganjur lama RM175. Macammana kalau peniaga ada lima tapak???? Tiada siapa di kalangan peniaga yang nak bermusuh dengan penganjur. Kalau penganjur nak duit macam tapak baru, bukalah tapak lain atau hari lain. Tidak ada sesiapa pun yang bangkang. Kalau peniaga setuju dah tentu mereka akan menyertainya. Tapi..bukan di tapak yang lama, alasan kami senang je, budak kecil baru pandai berjalan pun akan faham. Pertukaran hanya melibatkan penganjur bukan peniaga. Maksud nya hanya pentadbiran atau pengurusan atau bendera atau orang atau apa saja sedap mulut anda nak menyebutnya tapi lesen atau peniaga tak bertukar. Lesen peniaga hanya perlu di perbaharui. Usahlah di kelentongkan kami yang lesen perlu di tukar kerana kami bukan baru semalam berniaga dan janganlah bagi alasan tak logik kerana penganjur tak dapat Pasar Ramadhan, jadi mereka kenakan 'charge ' sebegitu.
Tolong lah wahai penganjur bersikap terbukalah. Cubalah rasional dan bertimbang rasa, anda sebagai penganjur sepatutnya menjaga kebajikan peniaga. Penganjur dan peniaga sepatut nya berkerjasama dan bertolak ansur. Kalau ya lah penganjur sekarang tak bagi hasil pada persatuan penduduk, sepatut nya kita manusia waras, benda tu kecil sahaja, boleh di bawa berbincang. Tak payah lah di bawa berbalah. Nanti di sebabkan penganjur, MPKJ arahkan pasar malam tu di tutup, yang susah peniaga....kamu dah tutup salah satu tempat cari makan mereka. Tak payah lah nak lepas-lepas cakap ' orang luar..anak jati Beranang ' sama sahaja. Kulit kita warnanya sama, darah kita pun warnanya sama, menang kalah kita berbalah kampung kita tetap tergadai juga.
Seperti yang ayahnyah katakan perniagaan pasar malam sejak bulan Ramadhan hingga sekarang merudum. Bahang kenaikan harga dan ekonomi yang teruk dan pengunjung datang hanya buat 'window shoping ', memeritkan kehidupan peniaga yang sekarang dalam 'zone bertahan '. Janganlah anda mengambil kesempatan menuba keuntungan dalam keadaan begini. Fikirlah sekolah dah nak di buka dan tanggung jawab dan masaalah kami peniaga sebagai ibu bapa. Anda sebagai penganjur memang boleh berkata "kalau tak setuju, tinggalkan pasar malam tu " kerana anda di beri kelulusan oleh MPKJ, anda boleh buat sesukahati anda tapi ingatlah kuasa tu pinjaman sahaja. Ia bersifat sementara.
Anda sebagai penganjur boleh meminta satu kepala sebanyak RM50 seorang daripada peniaga tak kira lah dia ada satu atau sepuluh tapak atas alasan duit pengurusan setahun, untuk cat garisan atau apa-apa alasan, rasa ayahnyah tak ada peniaga yang bangkang. Tapi...kalau RM175 , cubalah anda bawa bertenang dan berhenti berfikir sebagai penganjur dan bawa diri anda berfikir sebagai peniaga. Ayahnyah tahu penganjur memang tidak kesaorangan, ada 'tangan-tangan ghaib' yang menangguk keuntungan. Jangan lah di biar kita menjadi boneka yang terajunya dipegang oleh orang lain. Janganlah kita hanya bertukar warna baju sahaja kerana 'mau cari makan ' sedangkan perangai sama ala lanun moden bertopengkan slogan ' nak membela rakyat '. Tapi apa alasan sekalipun anda tak ubah penindas yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment