"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Wednesday, October 20, 2010

OH ! ' PERAK ' NYA AKU.




Hari ini Rabu 20.10.2010, ayahnyah terpaksa bercuti berniaga kerana terpaksa menghadiri seminar AKPK Bank Negara di Junction Mall jam 1000 pagi. Hari ini juga berlaku dua kejadian lucu keatas ayahnyah. Satu semasa naik komuter dan satu lagi semasa di Suria KLCC.

Dah memang tabiat ayahnyah di latih tak suka lambat. Jam 0730 ayahnyah dah terpacak di Setesen Keretapi Kajang. Ayahnyah tak naik kereta sebab seorang je nak kesana, wannyah nya ada temujanji di klinik pergigian Beranang. Lagipun sebenarnya ayahnyah pun tak tahu nak parking kat mana. Sejak pencen tahun 1998, ayahnyah dah tak jejak kaki ke KL.Menggunakan perkhidmatan KTM ni lagi hebat....seingat ayahnyah akhir sekali tahun 1979. Memang tak tahu langsung dan tak ada pengalaman. Setelah membeli tiket komuter ke Bank Negara, ayahnyah terus ke flatform, belum sempat nak naik jejantas melintas ke flatform seberang, keretapi pun sampai.Melihatkan ada dua tiga orang berlari, ayahnyah pun ikut berlari naik tangga. Rasa nak tanggal kepala lutut...sudahle lutut ayahnyah memang sakit, dah tak ada 'grease'. Elok betul-betul nak menuruni tangga keretapi pun bertolak. Tercungap-cungap hampa ayahnyah di buat nya. Tapi....yang mengherankan ayahnyah orang di flatform  masih ramai tak naik keretapi tu. Ayahnyah bertanya pada satu hamba Allah, tentang keretapi yang baru berlepas tu...pendek je jawapannya 'Ekspress'. Kononnya nak ber 'silaturahim' dengan nya ayahnyah bertanya lagi tentang dimana ayahnyah harus berhenti kalau nak ke Bank Negara. Pendek juga jawapannya, ' Bank Negara '.

Rasa ayahnyah dia ni memang tak mahu mesra dengan orang atau ayahnyah bersangka baik dia tengah memikir atau menghadapi banyak masaalah..Lain orang lain masaalahnya...hanya dia je yang tahu. Sedang ayahnyah memikirkan-mikir mencari jawapan, keretapi pun sampai, orang di sebelah ayahnyah pun dah beredar menaiki keretapi. Elok je...pintu komuter di tempat ayahnyah berdiri terbuka dan ayahnyah terus meluru masuk.

Sampai di setesen Serdang baru ayahnyah perasan koc tu semuanya wanita. Bila ayahnyah bertanya kepada salah seorang penumpang, rupanya...ayahnyah tersalah koc. Kelam kabut ayahnyah meluru ke koc sebelah. Rasa malu tak tahu nak cakap...patut le ada dua tiga orang wanita memandang ayahnyah...agaknya mereka kata "selamba je orang tua ni ".

Ayahnyah memang ada terbaca berita tentang KTM buat koc wanita tapi terlupa sebab tak sangka pulak ayahnyah nak naik komuter hari ini. Tak terpandang atau terdengar 'signs' atau 'announcement' semasa ayahnyah di setesen Kajang.

Sampai di setesen Bank Negara, ayahnyah terus menyelesaikan tujuan ayahnyah ke KL
Ayahnyah bersembahyang zohor dan asar di Suria KLCC. Di situ ayahnyah terasa lucu, bila memasuki tandasnya. Apa tidaknya bila ayahnyah memasuki salah satu tandas, ayahnyah dapati paipnya tak ada 'hose'. Ayahnyah keluar masuk lagi satu tandas, ayahnyah lihat sama juga. Ayahnyah tekan punat dekat lampu 'sensor',air keluar untuk 'flush', yang kurang  berkata di hati kecil ayahnyah paipnya tak ada hose. Memang ganas pengguna di sini, habis semua hose hilang. Dalam memikir-mikir tentang hose, tangan ayahnyah memutar kepala paip agaknya terkuat, memancut air keluar dekat mangkuk tandas.Habis kuyup kasut dan stokin ayahnyah, terkejut dan kelam kabut di buatnya. Rope nye memang paip tu tak pakai hose.Tak pasai-pasai ayahnyah.... kena keringkan kasut dan stokin.Mat Bangla pencuci tandas tu tersengih je nengok telatah ayahnyah. Angin ayahnyah sekejap. Sebenornya memang salah ayahnyah...tak tahu...' PERAK ' DAN KALUT......Mat Bangla jadi mangsa. Ayahnyah tunggu sampai sembahyang asar nak keringkan kasut dan stokin baru ayahnyah balik ke Semenyih.


Banner begini yang didapati di Kajang. Sticker sebelah kanan yg boleh di dapati di koc dan kawasan tempat berdiri
Masa perjalanan pulang barulah ayahnyah lihat tanda-tanda perbezaan koc wanita kalau di KL Sentral ada announcement dibuat dan ada tanda warna pink. Di Kajang di gantung banner.


* KEPADA PENUMPANG WANITA YG NAIK KOMUTER DGN AYAHNYAH DARI KAJANG- SERDANG TADI, AYAHNYAH MINTA MAAF, BUKAN NIAT NAK MENCEROBOH TAPI.. AYAHNYAH MEMANG TAK PERASAN..KALUT..KALUT! ! !*

Sunday, October 10, 2010

Pemasyhuran Eddy N Emma 2 ( Di Telok Panglima Garang)

Semalam ayahnyah berkunjung kerumah pengantin perempuan Siti Aziemah. Hari ini Sabtu 10.10.2010 ayahnyah n wannyah pergi ke Telok Panglima Garang, rumah pengantin lelaki iaitu Syahdan Eddy Firdaus. Pada mulanya kami merancang untuk kesana lebeh awal, selewat-lewatnya pukul 1200 tghr. kerana kami merancang nak ambil gambar pengantin tapi hajat kami tak kesampaian ada hal yang tak dapat di elakkan.
Kami bertolak dari Semenyih pun dah pukul 100 tghri. Sampai rumah pengantin dah pukul 0220 petang. Para tetamu pun dah berkurangan dan pengantin pun dah habis berarak dan makan beradat. Itulah kebesaran allah, kita merancang allah jua menentukannya.

Walaupun  hajat kami tidak kesampaian, kami tidak dapat mengambil gambar pengantin tapi kami cukup puas kerana makanan disana cukup sedap dan banyak lauk pauk yang di hidangkan. Kampung ini masih lagi mengamalkan semangat gotong royong. Kagum kami melihatnya, rasanya susah untuk kita lihat semangat ini di Pekan kerana penduduk di pekan duduk di Taman-taman perumahan yang semangat gotong royong nya kian pudar. Satu lagi yang kami kagum ialah DJ yang diambil oleh tuan rumah......Ayahnyah memang meminati suara allahyarham Ustadz Asri Robbani. Terkejut ayahnyah mendengar suara mirip Ustadz Asri. Di gambar di atas ada dua orang pemuda yang sedang menyanyi, berbadan besar tu manager n vocalist saudara Shaheed Zamiluddin dan yang kurus tu Saudara Aizad. Kalau ada yang berminat bolelah menghubungi mereka di talian 019-6354252/012-2658784. Ayahnyah bukan dapat apapun promote mereka,mereka pun tak tahu tentang cerita ayahnyah ini tapi kerana ayahnyah rasa berbaloi mengambil mereka untuk memeriahkan majlis anda.

"MOGA EDDY DAN EMMA DI BERKATI DAN BERKEKALAN JODOH HINGGA KEAKHIR HAYAT"







                                                                                                                                       

       

Saturday, October 9, 2010

Pemasyhuran Eddy N Emma 1 ( Di Puchong)

Tadi Sabtu 09.10.2010 jam 1.00 petang ayahnyah n wannyah pergi ke Kpg Kenangan, Batu 13, Jln Klang, Puchong. Selangor kerana memenuhi jemputan anak angkat kami Siti Nur Aziemah Binti Ismail (anak kepada seorang peniaga dan pembekal Jamu dan Ubatan Tradisional) yang menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka kacak pilihan hatinya yang juga anak angkat kami Syahdan Eddy Firdaus Bin Ab Aziz. Eddy seorang peniaga dan pembekal Kurma dan makanan kesihatan berasal dari Telok Panglima Garang,


                                     

Inilah Eddy dan Emma. Bagai pinang di belah dua. Mereka memilih tema warna pink dan unggu.
Gambar atas kiri,kelihatan ayah Aziemah, En. Ismail di tengah memakai baju melayu unggu, atas kanan ibu Aziemah,
Puan Zalinah berbaju pink bertudung hitam bersama wannyah dan anak kami Nur Syazana Balqis.  
Kelihatan lauk pauk yang di hidangkan

Kumpulan Kompang Intifadhoh Puchong mengiringi pengantin.
Pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki.
Bagai pinang di belah dua apabila di gandingkan.
Pengantin menghadiri makan beradat.


Sungguh mesra nya mereka, Kami doakan agar mereka berkekalan mesra dan bahgia hingga keakhir hayat. Amin.

Wednesday, October 6, 2010

Boleh Main Bola - Penasihat 25%

bukan ditapak ini sahaja orng berkurangan tapi disemua tapak pasar malam juga dilapurkan sama.

Beginilah setiap tahun selepas  je Hari Raya Aidilftri. Pengunjung Ke pasar malam akan berkurangan. Ada setengah tempat setakat sebelum maghrib je kita lihat ada orang, lepas maghrib dah mula lengang, tinggal para peniaga je yang ramai. Keadaan  akan menjadi lebih teruk kalau hari hujan. Langsung tiada berpengunjung.Kita boleh melihat deretan gerai peniaga tanpa halangan. Peniaga dah boleh bermain bola sesama sendiri.
Kalau berniaga barang-barang kering atau bukan makaanan, kalau orang tak beli boleh juga di simpan untuk esuk kerna ia tak rosak tapi....kalau barang makanan yang bermasak alamatnya ke tong sampahlah jawapan nya kerna ia tak boleh disimpan kehari esuk.
Pada tahun ini bahang keperitan berniaga selepas raya lebih teruk di bandingkan dari tahun lepas, dahlah harga barang melambung naik setiap hari. Dulu ada jugak kalau barang naik surat khabar atau media arus perdana melapurkan rungutan orang ramai....sekarang dah senyap sunyi....."orang kuat" kata harga barang dijamin tak naik tapi hakikat dan realiti nya para peniaga kecil dan penjajalah yang menanggung beban kenaikan harga yang melambung setiap hari macam tak ada badan yang mengawal.Heran bin ajaib dari mana yang dia dapat informasi harga barang yang tak naik, tu ayahnyah pun tak tahu.Harap-harap dia tak pakai " penasihat 25%" sudahlah. Asyik selesa dikerusi empuk kena diperbodoh kan pun dia tak sedar.

Tuan Penasihat 25%.

Patut nya sekali-sekala kenalah turun padang.Jangan dengar je kelentong penasihat.Baru takut orang nak sukahati menaikkan harga barang, terutama harga ayam. Harganya setiap hari macam harga saham di bursa saham. Ikut suka hati pemborong je nak naik harga, kami tahu le sebab kami hari-hari yang terlibat dengan jual beli barang. Usah banyak bagi alasan, usah kelentong, nak bercakap selidik dulu, usah dengar cakap penasihat kelentong. Jangan tunggu bila nak pilihanraya baru turun dari kerusi empuk tu.


gambar hiasan sahaja.bukan harga ayam penjaja ini yang naik.ayahnyah maksudkan pemborong/pembekal.Lihat lah peniaga boleh bersembang kosong menanti pelanggan.

Satu hal pulak dengan para penjaja dan peniaga pasar malam ni, mereka tak ada bersatu hati, harga barang dah naik tapi harga jualan masih ditakuk lama, takut nak naik...takut barang mereka tak laku. Tapi kalau berkumpul bukan main bercerita keluhan letih sahaja berniaga, untungnya tak ada, macam buat kebajikan tapi.. bila dicadang naik harga takut tak bersatu hati. Takutkan bayang-bayang. Pemborong kaya raya sukahati menaikkan harga barang, tak takut pun kena tindakan, sebab mereka tahu orang yang menjaganya dah lena kat kerusi empuk . Itupun kalau menyalak sekali sekala. Tak memberi kesan, dia sendiri pun tak tahu apa yang di salaknya.Atau mungkin kerana kebanyakan orang pasar malam orang seberang....bila tiba perkiraan untung, mereka tukar ke rupiah..itu yang terasa banyak agaknya.
Sepatutnya semua penjaja dan peniaga di wajibkan menjadi ahli persatuan penjaja. Dengan berpesatuan nasib dan kebajikan penjaja dan peniaga dapat terbela. Mereka dapat bersatu hati dan bermuafakat, dengan itu harga jualan dapat di selaraskan.Dulu memang ada persatuan dan ayahnyah pun pernah mendaftar menjadi ahli  persatuan penjaja....tahun pertama ok tapi tahun kedua bagi duit pendaftaran ahli, dengan kad keahlian tak di bagi, cerita persatuan pun sunyi senyap dan akhinya persatuan berkubur tanpa batu nisan.
Kali ini kalau adalah orang nak menubuhkan persatuan,ayahnyahlah orang yang menyokong penuhnya. Tapi moto persatuan, janganlah sama macam dulu 'Jangan lah ditanya apa persatuan buat untuk anda, sebaliknya tanya apa yang yang anda buat untuk persatuan' Sebenarnya moto itu untuk pemimpin yang tarak sekolah kerana tujuan orang masuk persatuan kerana mereka mahu nasibnya terjamin dan terbela,bukan nak bela nasib pemimpin persatuan.Bukan nak bagi ajk-ajk dan pemimpin persatuan  dan kroni-kroni membolot macam-macam kursus yang ditawarkan sedangkan ahli-ahli mendengar je sambil menelan air lior.Bukan juga nak bagi pemimpin persatuan dapat gelaran Dato' tapi ahlinya terbiar tak terbela.
Akhir sekali  ayahnyah menyeru semua peniaga dan penjaja, tak kira peringkat daerah atau negeri, mari lah kita bersatu. bermuafakat,kerana dengan berpesatuan kita akan lebih teguh, terbela dan terjamin.

'BERPESATUAN AHLI DI DAHULUKAN'

Watikah dari Eddy dan Emma





Pada hari selasa 05.10.2010 ayahnyah n wannyah telah menerima kad undangan dari anak angkat kami Shahdan Eddy Fir'daus bin Abdul Aziz, seoranng taukeh kurma dan herba makanan kesihatan. Dia berniaga di sebelah kami di tapak pasar malam di Bandar Seri Putra pada hari Selasa dan Sabtu.Beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama Siti Nur Aziemah Binti Ismail anak kepada seorang saudagar jamu dan ubatan traditional (Raja Ubat). Mereka telah lama berkenalan hingga membawa kejinjang pelamin.
Pada hari Sabtu 09.10.2010 majlis akan diadakan di rumah Siti Nur Aziemah di Lot 63, Lorong 3, Kg Kenangan, Batu 13, Jalan Klang, 47150 Puchong, Selangor. Upacara pernikahan akan di adakan pada jam 10.00 pg. Makan dari jam 12.00 hingga 5.00 ptg.
Majlis di rumah Eddy akan di adakan pada hari Ahad 10.10.2010. Alamat rumah Eddy di Lot 3662, Jalan Helang, Batu 9, Kebun Baru,42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Aturcara majlis, jamuan makan dari 11.00 pg - 4.00 ptg.
Di bawah ini gambar Eddy dan keluarga, semasa ayahnyah sekeluarga berkunjung kerumah nya semasa hari raya lepas. Gambar tunangnya tak dapat ayahnyah lampirkan kerana tak ada dalam simpanan ayahnyah.
Sesiapa yang kenal dengan nya dan ada kelapangan bolehlah singgah kealamat seperti tertera diatas. Mungkin kerana kesibukan atau terlampau gembira nama anda tidak sengaja tercicir. Sama-samalah kita raikan hari bersejarah kedua mempelai itu. Bagi pihak ayahnyah n wannyah sekeluarga, kami doakan Eddy dan Emma berbahgia hingga keakhir hayat.  


Eddy yang memekai baju-T nombor 32, berjubah cokelat ibu Eddy dan berbaju-T oren ayah tiri Eddy.

Friday, October 1, 2010

PEMBUKAAN PASAR MALAM BARU - KHAMIS.

PENGUMUMAN...PENGUMUMAN...PENGUMUMAN.....!!!!!!

Bagi warga Bandar Tasik Kesuma, Warga KPM, Beranang dan Jiran-jiran berdekatan!!!!

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG



Pasar malam akan di buka pada setiap hari KHAMIS. Di tapak yang sama di Pasar Malam hari ISNIN.

ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK FASA 4.BANDAR TASIK KESUMA.

Pembukaan nya akan bermula pada 14HB.Oktober.2010.

Kepada peniaga-peniaga yang ingin mencuba boleh lah menghubungi AJK-AJK tertera dibawah:

1.    EN. SHAM                             012-3141136

2.    EN. KHAIRUDDIN               019-2456434

3.    EN. YUS                                016-2881744

BAGI PIHAK PENIAGA AYAHNYAH N WANNYAH MENYERU KEPADA SEMUA AGAR DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN PASAR MALAM INI. DI DOAKAN DAN BERHARAP PASAR MALAM INI JUGA AKAN MERIAH SEPERTI PASAR MALAM HARI ISNIN.
DANNNN......AYAHNYAH N WANNYAH BERHARAP KEPIMPINAN PENGANJUR DAN AJK NYA LEBIH PEKA DAN PERIHATIN AKAN KEBAJIKAN PENIAGA-PENIAGA.
HUBUNGAN BAIK ANTARA PENGANJUR DAN PENIAGA AKAN TERUS TERJALIN WALAUPUN KEPIMPINAN ATAU AJK NYA BERTUKAR.