"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Sunday, December 26, 2010

Makanan mamak termasuk roti canai naik awal tahun depan!! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

Makanan mamak termasuk roti canai naik awal tahun depan!! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

Bila ayahnyah membaca tajuk berita di Kosmo padahari Sabtu 25 Disember, terpanggil ayahnyah untuk komen, bukan di sebabkan harga naik tu atau tentang si Presma yang di pimpin olih saudara Noorul Hassan Sahul Hameed tapi ayahnyah nak komen tentang beberapa badut yang memberi cadangan dan komen tentang ura-ura Presma nak naik harga jualan di restoren-restoren mamak. Andai nya komen tu datang nya dari induvidu atau jurucakap persatuan lain, ayahnyah tak heran kerana mungkin mereka tak tahu, tapi.......lucu nya jaguh-jaguh dari FOMCA.
Lucu kerana si jaguh tadi terlupa yang si Presma tadi juga pengguna dan menjadi pengusaha, dia sepatut nya tidak mengeluarkan kenyataan ' boikot sahaja jika mahal '. Sepatutnya dia jadi orang tengah, kalau kita teliti maksud persatuan pengguna, orang bodoh pun tahu, guna ditubuhkan salah satu fungsinya membela pengguna tapi kalau nak menghentam dan membunuh pengguna baik bubar je.
Wahai si jaguh!!!! Masa barang naik, minyak naik, kamu di mana??? Sekarang barang hari-hari naik, kamu buat apa??? Mana mulut kamu??? Tiba-tiba si Presma nak naik harga kamu nak jadi jaguh...
Cuba buat homework sedikit kenapa si Presma nak naik harga. Betul tak tindakan Presma tu? Perbetulkan sedikit minda anda, Presma tu pengguna. Mereka tu jadi mangsa kepada pihak pengeluar dan pemborong. Puncanya naik sahaja petrol,teranugerahlah lesen naik sesukahati olih penggeluar dan pemborong. Di tambah pulak dengan sokongan olih akhbar-akhbar yang sekarang ni mengambil sikap berdiam diri tak mahu langsung melapur tentang kenaikan harga. Dulu akhbar harga barang baru naik sedikit dah jadi isu tapi sekarang.....
Wahai si jaguh FOMCA, sebenarnya pengguna dan juga peniaga kecil seperti kami lah yang tenat merana menghadapi tekanan harga barang yang setiap hari naik. Media cetak atau media elektronk tak lapur, senyap alim seribu bahasa, sedar-sedar terkejut beruk barang naik. Petrol nak naik....senyap sahaja, malam beratur jam panjang di setesen-stesen minyak pada malam sebelum pukul 1200. Jam 1201 harga petrol dah naik. Seingat ayahnyah lah gas LPG dari setong RM19 kini RM26 dan ada setengah tempat RM28 naik tak ada pun FOMCA atau akhbar nak berdehem. Kalau ayahnyah, pakai satu tong tu dua hari. Ayahnyah nak bagi contoh yang terbaik buat FOMCA, pada pagi hari Rabu 22.12.2010 ayahnyah pergi kekedai borong membeli keperluan berniaga, ayahnyah lihat harga bawang besar seguni RM11, ayahnyah tangguh sebab besuk baru ayahnyah nak masak sambal tapi keesukan hari Khamis 23.12.2010, ayahnyah pergi harganya RM17. Walhal guni semalam, rak sama dan susunan dan bawangnya sama tapi harganya melambung.Pergi kedai lain lagi mahal,sampai RM21 pun ada.
Tengoklah harga gula...melambung-lambung naik, jangan lah FOMCA juga nak ikut macam KPDNKK, nak tutup tentang kenaikan harga gula pakat-pakat buat iklan bodoh ' kurangkan gula tambahkan seyuman ' tak payahlah nak takut-takutkan orang dengan statistik Kementerian Kesihatan, kencing manis salah satu pembunuh terbesar  rakyat Malaysia. Isu sebenar bukan gula tu tapi harga gula tu tak munasabah.
Tidak ada rakyat Malaysia yang bodoh dan hendak di perbodohkan. Sebenarnya gula adalah satu bahan nak mengimbang rasa sesuatu masakan, kena ada barulah rasa sedap sesuatu masaakan, ada masin, manis dan masamnya.Memang menjadi suatu keperluan buat kami.Begitu juga barang yang lain.
Beras naikkkk, dulu ayahnyah menggunakan beras cap Rambutan tapi ayahnyah terpaksa tinggalkan kerana dulu harganya dari Rm19.50 sekampit 10kg naik, naik, naik, kini RM29. Minyak dah RM13.35 untuk 05kg.
Barang-barang pembungkus naik...Contohnya Kotak nasi, beg plastik,rubber band dan macam-macam lagi naik.
Lari pulak kepasar semua naik, ayam bersih RM4.60 kg ke RM6.30kg, santan RM4.50kg kini RM6.00..ikan sardin yang pecah perut dah warna putih terendam dalam air pun harganya RM10. Apalagi yang tak naik, sampai serai pun naik harga.Apa semua barang-barang tu kamu nak suruh boikot ke?
Heran bin Ajaib tiba-tiba je jaguh-jaguh FOMCA jadi Panglima Boikot. Boikot pulak tu bukan pada pengilang , pengeluar atau pemborong tapi pada pengusaha restoren dan peniaga kecil seperti kami yang dah azab sengsara dan tenat yang dah masuk dalam ' zon bertahan '.
Wahai FOMCA! Wahai PPIM! Wahai KPDNKK! Bangunlah, sedarlah, pada siapa patut kamu beri arahan, pada siapa patut kamu buat penguatkuasaan. Janganlah kami Pengusaha dan peniaga kecil ni yang kamu nak lenyek nak kamu jegil, sedangkan jerung-jerung besar punca barang naik. Kamu menikus tak berani sentuh.