Pada hari Ahad 14hb. November 2010, ayahnyah n wannyah menerima jemputan majlis perkahwinan anak lelaki sahabat lama kami Puan Asnah Bt Wahab, di rumahnya di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai. Melaka.
Anak lelaki beliau En. Hasrul Nizam Bin Mohd Shah yang bertugas di Kem Terendak Melaka telah bertemu jodoh dengan Cik Ermawati. Semoga rumah tangga mereka di berkati dan di redhoi Allah dan berkekalan bahagia hingga keakhir hayat hendaknya. Amin.
Inilah wajah kedua-dua mempelai yang sama padan bagai pinang di belah dua. Di doakan mereka bahagia hingga keakhir hayat.
Sebenarnya ayahnyah dan Pn.Asnah sama-sama bertugas di Aironautical Inspection Services MATRA 1,Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuala Lumpur , dari 1990- 1996 (1996 ayahnyah bertukar ke Bahagian Pejabat Inspectorate General TUDM di MINDEF. Pn. Asnah seorang bekas anggota wanita TUDM (Air/Woman) tred Instrument.Kalau tak silap ayahnyah beliau intake ketiga Air/Woman.
Kami tak sangka di Majlis itu kami dipertemukan dengan sahabat-sahabat lama yang sama-sama bertugas di AIS dulu.
Kelihatan dari kiri Pn.Midah (isteri kepada saudara Nordin Jantan), Pn Asnah Wahab (ibu pengantin),Wannyah (ex 1st intake Air/Woman regular,tred Admin) dan anak kami Balqis.
Wannyah dan Pn.Midah(isteri saudara Nordin Jantan).
Bergambar kenangan dari kiri Ayahnyah (tred-electrical), saudara Nordin B Jantan (tred-Safety),saudara Abdul Rahim Radzi (tred-A/Frame),saudara Raden (tred-A/Frame),saudara Abd Wahil Abd Rahman(tred-electrical) dan saudara Abd Jalil (tred-air radio). Kami sama-sama bertugas di AIS dulu.
Sudah 14 tahun kami tidak berjumpa,sudah tentu banyak cerita-cerita yang kami bualkan.Setelah bersara dari TUDM, ayahnyah berniaga sendiri, saudara Nordin menjadi kontraktor di Melaka, saudara Rahim bekerja dengan syarikat Aviation di Subang,saudara Raden dengan MAS Subang,saudara Wahil bekerja sendiri di Segamat,saudara Jalil bekerja sendiri di Wangsa Maju dan Puan Asnah peniaga di Melaka.
Balqis sempat posing di situ.
No comments:
Post a Comment