Rasa nya dah tiga tahun kami tak pekena cendol En Leman. Ayahnyah dan keluarga memang pelanggan En Leman. Dulu masa anak-anak masih menuntut di MRSM Terendak dan Serting, lalu je kat Seremban, pasti kami singgah. Sejak En Leman berniaga di tepi jalan lagi hinggalah sekarang dah ada tempat tetap seperti sekarang. Tapi sekarang dah jarang kerana kesibukan dan kurang lalu di sana.
Gerai cendol En Leman Dawi sekarang kalau kita dari Pekan Seremban ia terletak di Jalan Tampin-Rembau. Ia selepas setesen komuter baru yang sedang pesat di bina. Berhampiran Pejabat Operasi Serantau Gas Petronas Seremban. Terletak di sebelah kiri jalan kalau kita dari Seremban
Kalau kita tak baca betul-betul tulisan cendol yang tertera pasti kita ingatkan sebuah bengkel atau kedai membuat papan tanda dek banyak nya poster terpampang memeriahkan gerai nya.
Beginilah gerainya.... Terletak di kawasan lapang yang selesa untuk pelanggan nya meletakkan kenderaan. Gambar ini ayahnyah ambil semasa gerai Leman di tutup.
Kelihatan poster-poster yang terpampang di gerai En Leman. Seorang bekas tentera yang sudah menjadi seorang usahan yang berjaya. Air Bali nya di beri percuma. Beliau juga menjamin resepinya itu terpelihara kerana dia tidak mewakilkan sesiapa untuk menjual produk nya.
Sewaktu ayahnyah dan keluarga sampai, jam dah menunjukkan pukul 0400 petang tapi pelanggan masih ramai silih berganti.
Ayahnyah, wannyah dan Balqis tidak ketinggalan menikmati cendol Leman Dawi. Sebenar nya rasa Cendol En Leman lebih kurang sama je dengan cendol-cendol lain. Tapi...keistimewaan nya, Cendol nya bayar sekali je untuk satu mangkuk, lepas tu tambah le seberapa banyak yang larat. Contohnya Ayahnyah bayar RM3.00 je untuk tiga orang lepas tu tambah le tak perlu bayar lagi. Bekas tambah untuk cendol, air gula dan ais pun diletak diatas meja tempat kita makan tak payah kita nak pergi minta pada pelayan. Tak siapa tahu berapa banyak kita tambah. Kalau kita nak minum air bali panas atau sejuk pun di beri percuma. Ambil seberapa banyak kita suka, layan diri. Itu lah unik nya Gerai Leman Dawi ini yang payah nak kita cari. Harga nya pun murah Satu mangkuk cendol biasa baru RM1.00 dan kalau yang di campur kacang atau pulut baru RM1.50. Disamping berniaga,dia banyak bersedekah. Lagi satu sikap En Leman Dawi yang peramah dan pandai berceloteh membuatkan pelanggan terhibur.
Ayahnyah bergambar kenangan bersama En Leman Dawi. Murah dengan senyuman dan peramah orang nya.
Beginilah permandangan kalau sekira nya cendol habis atau gerai ditutup.
MOGA ALLAH BERKATI AMALAN DAN REZEKI NYA !!!!!!!!!.