Gambar kiri: kalau kita berjanggut sekalipun, janganlah kita terasa kita dah terlampau tinggi ilmu dan mencebek orang lain pulak. Gambar tengah: pandang dan senyumlah bila bersalam dengan orang. Gambar kanan: kalau di pakaikan ketayap....agak..agak...jemaah surau tak?
Tadi baru je ayahnyah balik dari sembahyang Jumaat.Ayahnyah duduk sebelah sorang tok oosetat. Dia ni memang level ooosetat, ahli jemaah surau. Ayahnyah memang kenal dia. Berjanggut...berketayap...Pendekkata memang ooosetat le. Sepengingat ayahnyah dah tiga kali ayahnyah terduduk disebelahnya. Kalau ayahnyah perasan memang ayahnyah elakkan kerana tak mahu menambah dosa mengumpat tapi..tadi terus berdiri dan sembahyang sunat dan bila bagi salam...ayahnyah unjuk je tangan nak bersalam..alamak dia lagi... Tapi....dah banyak kali juga terserempak dan mengunjuk tangan bersalam dengan nya. Tapi aksi sama yang ayahnyah terima.Kita mengunjuk tangan nak bersalam, dia pandang pun tidak, unjuk je tangan sedangkan muka kelain.Macam kita tak setaraf bersalam dengannya. Mungkin ayahnyah bukan ahli jemaah surau, agaknya...itu ayahnyah akui. Kerna kerja peniaga pasar malam tu memang tak dapat berjemaah di surau tempat ayahnyah. Tapi.....tak semesti nya orang tak berjemaah di situ bermakna tak sembahyang atau tak berjemaah. Mana kita tahu dia sembahyang dimana? Lain le kita letak punch card kat surau tu dan waktu yang tak ada kita minta dia buat laporan bertulis pada AJK surau.
Pikir-pikirlah jangan sampai menjawab salam pun kita angkat kening je.Takkan ketayap tak lekang dikepala kita tak tahu hukum memberi dan menjawab salam.
Disini ayahnyah nak cerita sikit tatacara bersalaman (musyofahah) yang betul :-
1.    Senyum sambil berjabat salam.
2.    Memandang kewajah, kata imam Syarf an Nawawi, sunat ketika bersalaman dengan memberi senyuman. Dalilnya;-  Dari Abu Dzar al Ghifari, (sabda Rasulullah SAW), 'Jangan sekali-sekali engkau anggap ringan suatu kebaikan, walaupun hanya engkau melontarkan wajah yang manis kepada saudaramu.'(HR Muslim #2626).
Mungkin ayahnyah tersilap...mungkin jahil....mungkin ada nas atau dalil yang lain yang tak payah jawap salam, cukup sekadar angkat kening atau pandang kelain bila orang berjabat tangan.
Macammana kita nak bersatu...."SATU BANGSA SATU MALAYSIA"...Baru satu kariah dah mencebik menenguk atas bawah orang lain. Macammana kita nak satukan ummah..???
Ayahnyah teringat Arwahnya mantan Mufti Selangor Dato Ishak Baharum.Ayahnyah tak miss kuliahnya di Mesjid Syakirin di Gombak dan Mesjid Jamek Kajang.Arwah berjanggut juga....kalau kita perhatikan janggut nya pun hati kita tenang. Hilang masaalah berserabut dikepala.Orangnya lembut dan bila kita bersalam dengannya, disambut dengan kedua tangan yang lembut terukir senyumannya. Sedangkan dia pada masa tu Berjawatan Mufti. Sedangkan kita ni siapa? Rasa-rasa tenang tak hati orang melihat kita? Kalau jawapannya tidak....bermakna kita seeerupa...bak kata penyanyi Zainal Abiddin.(tang korusnya je).
Kalau dapat ku petik bintang di awan biru 
Kan ku sematkan ke dalam dada mu 
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh 
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu 
Begitulah janji ku kepada mu 
Walaupun kau hanya menunduk bisu 
Ku tahu kau terluka kerana cinta 
Oleh dia yang tak setia 
Nasib kita serupa 
Bercinta dan kecewa 
Mungkin dikau yang tiada menduga 
Biar aku pilih mu 
Mungkin dikau kan tahu 
Betapa pilunya hati ku 
Malah kau tuduh aku 
Hanya menambah luka 
Yang kini masih terus berdarah 
Kita serupa ( 4X ) 
Hadir ku untuk mengubat luka 
Kita serupa ( 4X )
Walau pun hati ku pernah di kecewa 
( Ulang semua rangkap ) 
Kalau dapat ku petik bintang di awan biru 
Kan ku sematkan ke dalam dada mu 
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh 
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu....

No comments:
Post a Comment