Pada hari Rabu 20.10.10, ayahnyah ke Citi Bank Jalan Ampang KL.Semasa nak keluar dari setesen LRT Jalan Ampang, ayahnyah ternampak mesin vending 100 plus, waktu itu jam menunjukkan jam 0200 ptg.
Walaupun was-was tapi ayahnyah masukkan juga RM2 kedalam mesin.Tapi air minuman tak keluar, duit pun tak keluar. Perasaan was-was ayahnyah menjadi kenyataan. Rasa macam nak di sepak je mesin tu tapi...nasib baik ayahnyah terpandang ada nombor untuk di SMS. Hilang rasa marah, terus ayahnyah sms mengadu tentang masaalah mesin itu, walaupun sekali lagi ayahnyah macam tak percaya sms itu akan dibalas.Semasa didalam perjalanan balik, lebih kurang jam 0530 ptg.,ayahnyah terima sms yg sms ayahnyah itu akan dilayan olih pihak pentadbiran AR VENDING SDN BHD. Lat dua hari ayahnyah menerima panggilan telefon dari pihak vending, bertanya masaalah.
Pada 02.11.10 hot link menambah nilai RM3 ke hp ayahnyah. Semalam 04.11.10, ayahnyah terima sms dari AR Vending mengatakan mereka dah top up duit ke hp ayahnyah ganti duit yang mesin tu telan. Terima kasih Ms Ho dari AR Vending. Ayahnyah menghargai pertolongan anda.Dalam bisness walau nilai tak seberapa tapi...kepercayaan tu penting.
No comments:
Post a Comment