Jam 0730 kami dah siap, wannyah pegi beli kuih samosa kat pasar Semenyih untuk sarapan.Kami minum air susu kotak 250l perisa cokelat jenama terkenal. Air ini memang berkotak-kotak sentiasa ada stok dirumah kami. Kami memang jadi pelanggan tetap kepada jenama itu. Ayahnyah memang dah jadi tabiat habis makan baru minum.Lepas je habis makan ayahnyah pun terus teguk tak berpikir panjang. Elok masuk tekak je ayahnyah rasa masam tapi tak caya, telan lagi, yang kedua ni, ayahnyah termuntah, rasa macam susu busuk. Habis isi sarapan pagi ni.....Lepas tu mula le, perut memulas. Lawatan ke tandas pun bermulalah.
Terpaksalah kami batalkan hasrat ke Veteran kerana perut tak mengizinkan. Bila rasa lega sikit ayahnyah ajak wannyah pergi ke Seremban merasa cendol Leman Dawi. Dah lama tak pekena cendol disana. Elok sampai je kami......
Hampa betul....dia tak bukak lak.. Ayahnyah tanya kat abang yang berkemas dikawasan gerai tu. Dia kata hari ini Leman tak bukak sebab semalam dia dapat buat catering cendol kat Melaka. Dah penat katanya.
Kami pun terus ke Sri Kembangan nak tinjau nasi lemak best yang di kata orang dalam blog.
Sampai je kat R&R Seremban perut dah mula buat hal, terus je ayahnyah belok kesitu. Alamak R&R tu di tutup. Tape di rentang tak bagi orang masuk.Tapi jalan ketandas tak di tutup. Ayahnyah terus je meluru ke tandas. Sempat bertanya kat Mat Bangla pekerja Propel tu kenapa ditutup katanya 'tiap sebulan ka atau tiga bulan sekali ka, ini kita tutup kasi besar punya cuci'.Pukul 0500 ptg nanti kita R&R baru operasi balik. Padan le wangi dan bersih betul tandas ni,macam bilik rehat je...Ayahnyah n wannyah orang kedua masuk ke tandas tu selepas satu couple bangsa......Elok je jantan tu keluar, ayahnyah tengok bertabur je kencingnya tak di flush nya. Punya teruk Mat-Mat bangla tu cuci, penat pun tak habis..macam tu punya perangai pun ada. Tahu le kamu bayar tol tapi 'appreciate' le sikit keja orang lain. Ayahnyah nampak terus ayahnyah sound. Dia masuk balik flush..tandas tu...terkejut dia, agaknya dia ingat ayahnyah supervisor propel kot. Kalau dah bangsa pengotor tu memang pengotor perangainya..Dah banyak kali ayahnyah perhatikan kalau jenis bangsa ni masuk tandas macam tu la perangai nya.
Bila ayahnyah keluar jumpa wannyah, citer wannyah sama. Betina couple tadi pun sama perangainya macam jantan tadi. Tapi...wannyah tak sound le...Ayahnyah sebab tanggungjawab Pegawai Waren ATM tu dah sebati sampai terbawak keluar bila dah jadi awam.Meluat ayahnyah tengok perangai pengotor tu. Orang macam tu ubat nya senang je...ajak Mat-Mat Bangla tangkap dia, tonggeng dan pegang kaki nya, kepalanya di jadikan berus jamban.
Tengok betapa bersihnya tandas tu dan semerbak wanginya.
Kami sembahyang asar sebentar di surau ini. Tengok berkilat lantai di kerjakan olih Mat-Mat Bangla.
Gerai-gerai di situ di cuci dan akan di buka kepada pengguna Lebuhraya pada pukul 0500 petang.
Selesai solat kami terus ke Sri Kembangan, mencari lokasi Nasi Lemak Best tu.
Kami sampai dan membeli tiga bungkus nasi lemak.
kelihatan wannyah sedang menunggu bungkusan nasi yang di pesan. Nantikan citer nasi lemak best ni di entry yang akan datang.
Lepas mendapat bungkusan nasi lemak kami ke restoren mamak berhampiran. Perut ayahnyah dah keroncong asyik membuang je dari pagi.
Kami makan nasi campur berlaukkan daging kambing, sayur kobis dan air fresh orange. Dik lapar kami telan je tapi...nak masuk suapan ke empat baru kami terasa daging kambing tu dah tak sedap dah basi, olih kerana ayahnyah n wannyah makan pakai sudu tak terasa lendir nya.Tapi bila di jamah dengan tangan barule terasa lendirnya.Kurang ajar betul le pengusaha restoren ini, benda basi pun dijualnya. Nak kata apa..benda dah telan..Nak di campak kemuka mamak tu tak pasai-pasai, nanti kena tido hotel free dan makan nasi kawah balik. Kami bangun dan terasa bengang terus kekaunter bayar harga makanan tu, RM 16.60. Dua pinggan nasi RM10.00 dan fresh orange beserta air kosong RM 6.60. Kami bukan bengang tentang harga tapi bengang tak pasai-pasai bertambah sakit perut kami.
Kami singgah sembahyang maghrib di Surau Al Munawarah,disitu dipendekkan citer paip tempat wudhu' tu memancut kena dada ayahnyah, mulanya ayahnyah tak sedar kerana pancutan air tu halus dan hanya kena baju tapi bila dah habis wudhu' baru terasa baju dah kuyup.
Tengah sembahyang maghrib proses kambing basi dan susu masam dah bermula keras perut ayahnyah nak meletup. Alamak Tok Imam lak baik punya lenggok.....macammana ni...nasib baik sempat habis......
Hajat hati nak meninjau pasar malm kat situ tapi......dah perut macam ni........
HARI NI SEMUA RANCANGAN TERGENDALA. KITA MERANCANG TAPI............
No comments:
Post a Comment