Pada hari Sabtu 09.10.2010 majlis akan diadakan di rumah Siti Nur Aziemah di Lot 63, Lorong 3, Kg Kenangan, Batu 13, Jalan Klang, 47150 Puchong, Selangor. Upacara pernikahan akan di adakan pada jam 10.00 pg. Makan dari jam 12.00 hingga 5.00 ptg.
Majlis di rumah Eddy akan di adakan pada hari Ahad 10.10.2010. Alamat rumah Eddy di Lot 3662, Jalan Helang, Batu 9, Kebun Baru,42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Aturcara majlis, jamuan makan dari 11.00 pg - 4.00 ptg.
Di bawah ini gambar Eddy dan keluarga, semasa ayahnyah sekeluarga berkunjung kerumah nya semasa hari raya lepas. Gambar tunangnya tak dapat ayahnyah lampirkan kerana tak ada dalam simpanan ayahnyah.
Sesiapa yang kenal dengan nya dan ada kelapangan bolehlah singgah kealamat seperti tertera diatas. Mungkin kerana kesibukan atau terlampau gembira nama anda tidak sengaja tercicir. Sama-samalah kita raikan hari bersejarah kedua mempelai itu. Bagi pihak ayahnyah n wannyah sekeluarga, kami doakan Eddy dan Emma berbahgia hingga keakhir hayat.
Eddy yang memekai baju-T nombor 32, berjubah cokelat ibu Eddy dan berbaju-T oren ayah tiri Eddy.
No comments:
Post a Comment