"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Thursday, August 5, 2010

SEJENAK BERSAMA..........

Rabu 04.08.2010 sedang ayahnyah n wannyah sibuk melayan pelanggan.Di Tapak Pasar Malam, Paling Jaya Semenyih, kami dikejutkan dengan kehadiran Hero. Hero memang terkenal dikalangan 'Animal Lover'. Citer sedih yang menimpa nya tersebar luas dan menjadi bualan mereka..Sesiapa sahaja yang membaca citer nya akan menyampah dan memaki dengan makhluk yang ada hati mengaku manusia.Memang betul mereka tu yang patut bertukar jadi lebeh hina dari binatang, binatang pun punya hati dan perasaan.
Hero bukannya manusia tapi...seekor kucing yang dipotong kedua kaki depannya kerana kesalahan mencuri.
Kucing tempatan yang comel berusia lima tahun ini dimiliki oleh papa hero dan isterinya Maria (Maya).
Kedua mereka dah kami anggap sebagai anak-anak kami.Anda boleh baca citer Hero di blog kakimotong.kakimotong.blogspot.com.Kedua mereka singgah kegerai ayahnyah kerana baru balik mengambil Hero baru lepas menjalani pembedahan dari Kelana Jaya veterinary clinic.Khabarnya 12 hari ia tinggal diwad.Mereka memang regular customer ayahnyah n wannyah.




Kiri : ayahnyah n wannyah sibuk melayan pelanggan hingga tak sedar akan kehadiran Hero.
Kanan : ayahnyah luangkan masa bertanya perkembangan kesihatan Hero,sementara wannyah melayan pelanggan.
 


                                                                                           
 
 Kiri : Pengurus Tapak Pasar Malam dikenali dengan nama Wan.Asyik melihat Hero.
Kanan : Hero didalam sangkar di gerai ayahnyah,sementara menunggu tuannya balik.
 Hero ditinggalkan sementara ngan ayahnyah n wanyah,sementara Hairey (papa hero) n Maya berbelanja.

Anak kembar mereka Yazrin n Yazmin (yg mana satu atuk pun tak tahu).Si hensom tulah papa mereka.Hairey.

Sebelah kiri yang ayu nilah mama mereka, Maya..Gambar Hero dalam kandang di veterinary clinic. 




Lihat lah perbuatan mereka berhati iblis yang mahu menggelar diri mereka manusia.Lihat betapa jauh dan sayu pandangannya....merenung jauh nasibnya jika tanpa pembelaan manusia bersifat penyayang diberi nama Maya dan papa hero.

2 comments: