"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Thursday, August 5, 2010

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN PASAR MALAM SUNGAI JELOK.

Pada hari Jumaat bersamaan 06.08.2010, pasar malam Sg Jelok akan dibuka. Pasar malam ini milik swasta sepenuhnya.Inilah tapak pasar malam kedua buat kami berniaga yang dimiliki oleh pihak swasta.Ia dimiliki oleh YTK Enterprise.Pengurusnya ialah Encik Ti Kim Swee, seorang ahli perniagaan.Sungai Jelok terletak tidak berapa jauh dari pekan Kajang.Disitulah juga terletak Penjara Kajang.
Tapak pasar malam ini terletak disebuah kawasan lapang di Taman Sentosa.Tanah tapak pasar malam ini disewa oleh syarikat YTK Enterprise dari Lee Brothers.
Kalau ada peniaga yang berminat untuk berniaga, bolehlah berhubung terus dengan En Ti sendiri ditalian 019-2518988. Masa kami mendaftar masih ada kekosongan. Jangan dengar khabar angin,semuanya tipu, biasalah berniaga ada aje orang dengki. Pergi 'face to face' dengan En Ti. Kalau takut usah berniaga.
Kami bukan nak melobi atau nak promosi tapak tu tak ada apa pun yang kami dapat dari apek tu.Tapi...kami seronok tengok ramai orang berniaga. Mudah-mudahan meletup!!!! tempat itu siapa tahu.
Kepada penduduk yang tinggal berdekatan, jangan lepaskan peluang..Datanglah beramai-ramai ke majlis pembukaan pasar malam Sungai Jelok pada HARI JUMAAT 06.08.2010.Ceritanya nasi lemak berharga 50 sen sebungkus akan dijual dan perasmian oleh Ahli Exco kerajaan Negeri Selangor.Datanglah Ayahnyah n wannyah akan berada ditapak kami bernombor 116 dan 117.Semoga kita Berjumpa disana.Insyaallah.





semasa pembukaan kelak pada hari Jumaat 06.08.2010 ada tarian singa dan band jemputan.Pembukaan bermula jam jam1800. Cerita apek itulah....tapi bukan kumpulan yang tertera digambar.Berpada-padalah kantung apek tu pun tak cukup jemput kumpulan itu.




                          Katanya kumpulan kompang pun ada.Mengiringi tetamu jemputan.Bukan kumpulan ini.





Inilah kawasan lapang bakal tapak pasar malam Sg Jelok.




Kelihatan Pejabat pengurusan pasar malam.



Kelihatan penntas sedang di siapkan untuk hari pembukaan.Warna merah pilihannya.Biasalah apek.



Gambar diambil dari jalan masuk.Ketapak Pasar Malam.Kelihatan kain Rentang.



Kelihatan bangunan bercat biru.Itulah tandas,inilah satu-satunya pasar malam yang ada menyediakan kemudahan tandas,yang lain pandai-pandailah.Tembaklah ikut dannn......Tengok entri kami Zat umph......


Kerja-kerja memasang lampu sedang giat dijalankan untuk hari pembukaan.




Ini lagi satu bena dipasang bagi tujuan promosi.


             Tiang-tiang lampu dipasang untuk menerangi tapak semasa hari pembukaan.


Kelihatan kalau kita dari Penjara Kajang, tapak pasar Malam disebelah kiri.


Kalau dari Pekan Kajang, Taman Sentosa tempat tapak pasar malam disebelah kanan kita.
Kalau terus Penjara Kajang.



Kalau kita terus lagi disitulah letaknya Penjara Kajang.Jangan ada cita-cita nak tambah jadi penghuni disitu.

Inilah Apek yang ayahnyah n wannyah ceritakan.Namanya En Ti Kim Swee.Basah kuyup bajunya bila kami berjumpa dengannya ditengah-tengah panas terik ditapak dengan Mat Bangla. Nak jadikan majlis pembukaan satu realiti.Gigih orangnya,jauh wawasannya.Fasih bertutur bahasa melayu.
Jangan risau apek...gua talak mintak komisyen dari you.GUA BUKAN LEKOMEN LU.Bila gua tengok lu,gua ikhlas.Kepala talak pening pasai luit Gua hanya mau penuhkan entri dalam blog gua.Nanti olang datang sama itu pasar malam ha...gua jua nanti ada duit.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI TERUS BELIAU DI TALIAN 019-2518988.


Satu lagi bena ditepi jalan.

2 comments:

  1. uishh..ada live band ke?? lama tak petik gitar ni...kalau ada masa terluang, insyaallah saya dtg...

    ReplyDelete
  2. ade...tapi tak tahu band mane.dtgle,tapi bulan ramadhan kami tak ade dipasar malam.kami berada dipasar ramadhan tasik kesuma.tapak no.54,55,56.

    ReplyDelete