Barux ini ayahnyah n wannyah menghadiri kursus itu ditempat kami. Kami lihat ramai peserta menghadirinya,baik dari kalangan mereka yang 'otai ' yang hendak memperbaharui sijil kursus mahupun dari kalangan orang baru nak berniaga. Bukan main minat lagi mereka, bertubi-tubi soalan mereka ajukan kepada pensyarah.Melihatkan gelagat mereka ini,hati kecil ayahnyah tertanya-tanya,berkesankah kursus ini? Fikiran ayahnyah sempat terlayang menjelajah peristiwax dan kejadian selama sepuluh tahun kami berniaga.
Peristiwa pertama:
Ayahnyah n wannyah pernah terkena dengan seorang penebar roti canai disebuah restoren sangat terkenal diutara tanah air yg baru membuka cawangan ditempat kami.Selepas semiggu pembukaannya ayahnyah sekeluarga tak lepaskan peluang pergilah untuk menjamu selera kerestoren yang dah gah namanya itu.Sedang kami menunggu pesanan kami sampai,sempat kami memerhati kecantikan n kebersihan restoren baru itu.Kami kagum, entah ratusan ribu taukehnya perabeh untuk pengubahsuaian.Sedang asyik kami memerhati mata kami terpukau kepada kecekapan seorang penebar roti canai berdekatan tempat kami duduk.Tapi apa yang kami terkejut ialah semasa dia menebar dia terbersin (agaknya dia kena selsema). Oleh kerana kuat dia bersin,terkeluar hingus yang pekat berwarna hijau pekat dari hidungnya,dia sempat menahan dengan kedua belah tapak tangannya dan terus sahaja dia menggesel kedua tapak tangannya.Kami ingatkan dia nak basuh tangannya,rupanya tidak dia terus mengambil bebola doh roti dan mencelupkan tangannya kedalam mangkuk minyak dan meleperkan bebola tadi dan meneruskan tugasnya tanpa ada perasaan pun. Dia tak sedar gelagatnya kami perhati.
Gambar ini bukan penebar yg kami maksudkan, ia sekadar hiasan.Kami pinjam dari Ranggia Photography.
Agak-agak kalau ditambah dengan zat umphhh....Cuba teka berapa ramai yang dapat...
Peristiwa kedua:
Ini pulak kisah di pasar malam,biasalah sementara menanti pelanggan kami, mata kami melilau memerhati gelagat orang lalu lalang, sedang asyik memerhati mata kami terpegun melihat seorang penjaja yang sedang duduk menyandar didinding kenderaannya,agaknya mau relax melepaskan penat sebentar.Kaki kiri diangkat diletakkan diatas peha kanannya sambil tangan kanannya memicit-micit tapak kakinya,jarinya terus sahaja mengorek-ngorek celah jari kakinya,agaknya jari kakinya terkena kulat air.
Makin digaru makin sedap.Tak sedar orang sekeliling.Makin banyak serbuk dihasilkan.
Penuh serbuk pada jari dan kuku....terus pegang makanan.Zat umphhh...kepada pelanggan kita.
Kami perhatikan makin lama makin sedap dia mengorek macam dia nak terlena tapi mulutnya menjerit-jerit memanggil pelanggan, tak sedar dia gelagatnya kami perhatikan.Panggilannya tadi menarik pelanggan untuk singgah dan dia bingkas bangun dan terus sahaja melayan pelanggan.Tanpa berasa apax, dia terus memegang dan menceduk makanan untuk pelanggannya.Entah berapa banyak serbuk kaki yang melekat pada makanan yang diberi pada pelanggannya.Sejak itu kami perhatikan memang dah menjadi tabiatnya.....berihat dan mengorek kaki...
Banyak dah zat umphhh.......yang pelanggannya dapat.
bukan kaki orang ini....cuba teka siapa dia.Gambar hiasan sahaja.Kami copy dari kosmo.
Peristiwa Ketiga:
Ini berlaku didepan mata kami, dua tiga kali kejadian melibatkan peniaga yang sama, kali pertama dia sedang menggoreng, semasa dia mengangkat hasil gorengan, hasilnya terjatuh ketanah,diperhatinya kami,kami buat macam tak nampak,diambilnya bahan tadi diletakkan diatas meja gorengan.Gambar Hiasan.Makanan kalau dah jatuh ketanah jangan dikutip.
Biar rugi jangan berdosa.Ingat itu bukan membazir.Ia mungkin rezeki kucing atau makhluk allah yang lain.
Agaknya dia pasti kami tak nampak,dengan selamba dimasukkan bersama kedalam dulang jualan.Kali kedua,entah apa silapnya dia tertepis 'flask' nasi, terbalik 'flask' itu dan terlambak nasi ketanah.Kami buat-buat tak nampak, dia ..............cepat-cepat mengaut nasi itu masuk semula ke 'flask'.Kejadian hasil gorengan yang terjatuh itu sudah banyak kali berulang dan kami perhatikan tak satu pun yang dibuangnya.Dia takut rugi agaknya...........Biarlah pelanggan dapat zat umphhhhh......
Peristiwa Keempat:
Ini lagi umphhhhh....Pokok jadi mangsa.....Tayar jadi mangsa.........Kangaroo bar jadi mangsa........Payung jadi mangsa..........Semua benda-benda tu kami tak mahu terangkan apa bendanya.Tak tahu tanya orang yang tahu...yang kami nak cerita tabiat setengah peniaga, peniaga yang dinamakan perempuan tak terlibat langsung....kalau terlibat mane ropenye........
Perangai ni kami lihat, ia tak mengira usia,dah jadi atuk pun buat.....Cuba tunjukkan pada kami mana ada pasar malam yang menyediakan kemudahan tandas. Peniaga bernasib baik kalau tapak pasar malam berdekatan restorenke,mesjidke,surauke atau berhampiran deretan kedai.Itupun kalau dah memang pembawakkan tabiat,masih jugak benda-benda diatas menjadi pilihan.Sejak kami terlibat dengan saudagar malam,banyak yang kami lihat.Ada kejadian peniaga yang membuka pintu pemandu dan terus pancut ketayar ,kalau pokok besar dekat,pokok lah jadi mangsa,kalau dekat hutan,hutanlah jadi padang tembak,tapi ada dua kejadian yang ganjil bagi kami,iaitu satu....seorang peniaga dia menembak pada kangaroo bar dan bumper kenderaan,ayahnyah terperasan kerana ayahnyah nak sembahyang maghrib,ayahnyah hairan melihat apa dibuat lama didepan kenderaannya,bila dia perasan ayahnyah melihatnya dia buat-buat sedang meluruskan pinggang sambil bergayut pada kanggaroo bar dan sesekali membetulkan wiper kenderaannya.Zipnya terbuka, anunya terkeluar.Nak sorok macammana? Dibawah kenderaan bertabur air kencing.Perangai ganjil kedua pula......peniaga ni dia kreatif sikit,agaknya dia tak mahu bagi bertabur,dia selitkan payumg spare [payung pasar malam],dicelah kangaroo bar dan dia tembak atas payung.Ini agaknya yang dikatakan....'Talaaak muuunyi....'
Kanggaroo Bar pada kenderaan.
'Point' yang kami nak cerita bukan pasal tembak tu.... tapi kejadian lepas tembak.Selalunya orang yang suka tembak begini,mereka tak pernah bawa air,lepas tembak goncangx sikit- tarik parking balik.Kemudian gentelx jari....terus buat muka selamba sambung menjual.
Kami pernah tengok ada peniaga yang dah tembak, terus menuju kegerainya dan membuka tong simpanan air batu,dicelup-celup digentel-gentelnya air batu dengan tangannya tanpa rasa bersalah,macam le orang tak tahu apa dibuatnya sebentar tadi.Dia ni penjual air.Adake dia nak ceduk sedikit air batu dan basuh ditempat lain.....Kedekut betul dia.Agak-agak mana pergi air batunya?Siapa agaknya yang dapat pati pertama yang terlekat pada ais itu?Ingat.... satu tong ais itu dah bernajis. Kami juga lihat peniaga yang terus pegang apam baliknya,nasinya,mertabaknya,mee gorengnya,kebabnya dan jualan-jualannya yang lain lepas tembak tanpa ada perasaan bersalah.Senangnya dapat zat umphhhhh....
Gambar ini hiasan sahaja tak ada kena mengena dgn orangx didalam gambar.Kami pinjam kerana kami nk tunjuk rupa tong ais.
Kami nak tunjuk hanyalah contoh tong ais.Digambar warna biru tapi tong ais sebenar warna oren.
Peristiwa kelima:
Gambar beberapa piring telur yg dibeli dikedai tanpa di basuh terus ketapak jualan.Lihat betapa banyak zat umphhhh....
nak kita bagi pada pelanggan.
Menyelerakan....kalau penyediaannya macam dicerita,bagaimana?Bolehke tertelan?
Ini memang banyak berlaku,peniaga yang ambil jalan mudah, membawa telur yang di beli di kedai terus ketapak pasar malam tanpa dibasuh terlebih dahulu.Bayangkan berapa banyak tahi terselepek kat kulit telur.Kita yang tangan berminyak,dengan bangga menunjukkan pada orang yang kita pakar memecah telur sebelah tangan.Berapa kati serbuk tahi yang masuk kedalam kuew tiaw atau mi goreng atau mertabak atau telur mata atau tepung ayam goreng atau macamx bahan yang kita sediakan untuk jualan.Berapa banyak zat umphhhhhh yang kita tambahkan kepada pelanggan kita.......
Sebenarnya banyak lagi amalan pengotor yang pernah kami jumpa tapi cukuplah setakat itu dulu....bukan kami nak menuding jari kepada sesiapa atau kami nakkan publisiti tapi hanya nak berkongsi cerita dan semoga ia dapat juga memberi peringatan dan panduan kepada kami dan mungkin kepada anda yang berhasrat nak menceburi bidang seperti kami agar menghindari sifat seperti itu.Itu perangai semasa menjual...! Agak-agak semasa penyediaan dirumah atau belakang dapur macammana??????
Ayahnyah n wannyah percaya kalaulah kami boleh nampak dan perhati gelagat seperti itu, mustahil orang lain tidak. Takut nanti tabiat kita itu akan merugikan kita.Ingatlah Allah itu adil.Kita dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kita lakukan. Kita mungkin sangka orang lain tak nampak tapi.................
Gelak ketawa dari perserta kursus bila pensyarah membuat jenaka,membuatkan ayahnyah kembali hadhir bersama-sama perserta.Harapan ayahnyah biarlah perserta kali ini akan mengorak langkah dan menjauhi tabiat buruk tersebut.Agar segala panduan yang diberi dapat mereka ikuti dan yang paling penting semoga perniagaan kita ini diredhoi dan diberkti allah.Aaminnnn.
No comments:
Post a Comment