"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Saturday, August 7, 2010

Salam Takziah

Kami berasa terkejut dan sedih,bila mendapat berita dari salah seorang blogger dan juga students KUIS. (Yana Houry-blognya Princess Journal).Dia memberitahu yang salah seorang student KUIS yang mengambil jurusan Human Resource semesta lima lemas di tasik didalam kawasan KUIS.Dia menjalani latihan wataniah untuk majlis konvokesyen.Mungkin dia salah seorang dari customer kami,kami tak perasan kerana terlampau ramai students yang yang berkunjung kegerai kami.
Bagaimana pun kami ingin mengucapkan salam takziah kami kepada warga KUIS amnya dan khasnya kepada keluarga pelajar ini,kami sungguh sedih dan berdoa semoga arwah dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama para syuhada dan solihin.Anda menyayangi nya tapi Allah lebih menyayangi dan maha mengetahui segalanya.

-AL-FATIHAH....untuk arwah.-


Disini tasik didalam kawasan KUIS tempat arwah menjalani latihan, menurut kata Yana.

 ayahnyah n wannyah pernah berkunjung ketasik ini,semasa kami menumpang sembahyang di mesjid berhampiran.memang tenang tapi ajal pertemuan itu allah yang tentukan.tidak ada satu ibubapa yang tidak mengharapkan untuk melihat anak-anak mereka berjaya.apatah lagi anak-anak sudah mejejaki menara gading,tentunya mereka menunggu hari anak-anak menggenggam segulung iazah.segala penat, keringat doa dan harapan terubat tapi........apakan daya kita merancang dan mengharap.....Allah jua yang mengetahui segalanya.tak berani ayahnyah nak menasihatkan menyuruh redho kerna hancur luluh hati kedua ibubapa itu Allah sahaja yang tahu......hanya yang dapat ayahnyah katakan bangunlah dan mengadulah kepada Allah semoga allah mengurniakan kesabaran,ketenangan dan keredhoan...AMIN!!!.....

1 comment: