"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Sunday, August 8, 2010

DUTA SAMBAL TUMIS

Inilah rupa sambal tumis kami sebelum masak.Kami terpaksa masak sebanyak
satu kawah untuk sekali masak. 
Dia bukan DUTA atau MODEL sambal tumis yang kami jemput tapi inilah anak kami Muhammad Syahiran.Dari mengisar bawang,mengisar cili dan memasak sambal ini, dia yang menolong.kalau pasal memasak sambal tumis ,mengukus nasi dan merempah ayam, dia memang cekap.Memang dia dah boleh ambil alih.tapi.....bukan itu cita-citanya. 


Masih belum mesra cili dan bawangnya.kacau lagi.....kalau tak dikacau nanti hangit pulak.

Muhammad Syahiran seorang murid tingkatan lima sains.Bercita-cita ingin menjadi seorang doktor perubatan.Serious tapi aktif orangnya.Bukan kacau sebarang kacau, pemegang tali pinggang hitam (taekwando).Menjadi atlet sekolah tapi sejak tingkatan lima,pergerakannya di bataskan. Dia hanya mewakili sukan yang paling diminati untuk sekolahnya dalam kejohanan taekwando hingga peringkat negeri Selangor.


Dah nak mesra.kena kacau lagi.Walaupun serious tapi kelakar orangnya,setiap hari emaknya disakat.terjerit wannyah dibuatnya.Seorang yang hafaz Al quran.Sebenarnya Syahiran adalah seorang bekas penuntut maahad tahfiz (terima kasih kami pada maahad tahfiz itu) tapi ayahnyah tarik dia keluar sementara kerana nak bagi tumpuan akademik nya dulu.Tahun ini dia akan menduduki SPM.


Mana dengan jadual sekolah yang padat dan terpaksa membahagi masa dengan kelas tambahan tapi tanpa diminta...Setiap hari sempat dia menolong kami membuat persiapan kepasar malam,dia sempat menyudahkan kerja-kerja yang masih lagi tak siap.Semasa dia balik dari sekolah kami masih lagi lintang pukang membuat kerja.Hati memang tak mahu menyusahkannya tapi kerja -kerja kami dah mula lembap.ikut semangat semua kerja nak di buat tapi kudrat dah tak boleh nak pergi........Kami bukan tak mahu cari pembantu indon tapi dah ramai yang cabut.dah banyak kami rugi.Pasal pembantu ni pun pening kami dengan kerenah mereka.Kalau tengok berita majikan malaysia sajale yang jahatnya,tapi..............

Dah menggelegak...Ooops tunggu dulu.bulan Ramadhan ni Syahiran ditawarkan untuk mengimamkan sembahyang tarawih di salah sebuah surau ditempat kami.Kami bukan melarang atau menyuruh terpulang pada dia asal dia dapat menyesuai dan menyusun jadualnya untuk mengejar cita-citanya.

Haaa!!!! dah siap pun.kalau nak rasa datanglah ketempat-tempat tertera dimana kami berniaga.Terima kasih Syah! Kalau Syah tak ada, tak tahu kami bila siap sambal tumis tu...pukul berapa pulak kami nak berniaga.Kami berdoa segala pengorbanan yang Syah berikan kepada kami dengan ikhlas,segala masa yang sepatutnya untuk mentelaah pelajaran,Syah korbankan untuk kami. Semoga allah gantikan dengan setinggi-tinggi ganjaran.aaminnn!

3 comments:

  1. waaaaaaaaa.......teramat menggoda sekali...nasib baik hari ni x posa lagi

    ReplyDelete
  2. ooo rupa2nya dialah yabg duk buat smbal utk nasi lemak tu ye...emmm sedap gak sebab tak pedas sb sya mmg xsuka pedas tapi klau boleh jgn terallu manis pulak smbal tu mcm sya terbeli ari tu...heheh....ayahnyah ada anak yg sangat taat and rajin...tumpang bangga....

    ReplyDelete
  3. tima kasih atas teguran anda. segala teguran akan kami ambil perhatian.doakan kami agar lebih mantap.

    ReplyDelete