"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Friday, July 30, 2010

DESPERADO


janganlah kita melelong barang kita semata-mata nak habis dulu.
 jgn kita guna taktik kotor. bersainglah cara sihat.

Setelah lama berkecimpong dan berjuang dalam gelanggang Pasar Malam dan Pasar Ramadhan.Ayahnyah n wannyah, banyak berjumpa dengan macamx rupa peniaga n penjaja.Macamx gaya n ragam yg kami jumpa.Tujuan mereka hanya satu......Hanya nak melariskan jualan n produk yang mereka bawak.Tapi dalam ghairah nk melakukan produk mereka,macamx ragam dan telatah yang ditunjukkan.Kadangx ada yang lucu, ada yg memualkan, ada yg tk langsung jaga hati org lain. Kadangx kalau di dengar katax yg keluar dari mulutnya, kita tk sangka ia keluar dari mulut org yg dah layak di panggil atuk. Kalau le boleh di rakam n di perdengarkan balik pdnya, tk tahulah apa reaksinya. Bagi kami yang mendengarnya pun tak tahu cammana nak letak muka. Nak kata dia.... ........ elok dia masih berniaga.Ya lah mungkin.....kerana tertekan melihat gerai org lain ramai pengunjung,atau....mungkin nak tarik perhatian pelanggan katax begitu terhambur dari mulutnya.Kami bukan mengata tapi sekadar heran n tertanyax, ada jugak orang yg macam ini....
Sepatutnya kita samax peniaga menjadi satu keluarga berpakat dan mencari jalan bagaimana untuk menarik ramai pengunjung ketapak pasar dimana kita berniaga. Kita berpakat menyeragamkan haga jualan kita bukan kita bunuh membunuh antara satu sama lain dengan menurunkan harga barang kita atau melelong produk kita asal kita dapat pelanggan ramai dan boleh tutup awal dari org lain. Sedar atau tidak tindakan kita itu menjahanamkam diri kita sendiri kerana kita tak ada untung, tambahan pada masa sekarang, dengan harga barang yg melambung tinggi, tak ada apa yang tak naik masa kini, kita pulak turunkan harga,belum pukul sembilan malam kita dah mula lelong barang kita, hanya semata-mata nak balik dulu dari orang lain.Kita terbawak perangai kebudakan. Kadang taktik itu tk berjaya kita guna taktik lain pulak kita mintak pertolongan syaitan.Kita bersahabat pulak dgn SYAITAN.Ini yg ada kami cerita di entry kami yg lepas, David kopakfil 1 & 2 Itu bukan berniaga namanya.Kita kacau perniagaan orang lain.
Taktik kotor yg kita pakai memang berjaya pd tempat yg pelanggannya kebanyakan terdiri dari 'students' yg memang mencari tempat murah.Tapi berapa lama kita boleh bertahan. Barang makin lama makin naik. Riak muka kita makin hari makin tak ceria. Mana tidaknya usaha dah penat,,,, tapi pendapatan rugi memanjang. Janji orang tengok gerai kita yg laku dulu dan kita balik dulu dari orang lain.
Sebenarnya...untuk ramaikan pelanggan bukan dengan rendahkan harga dari peniaga lain atau lelong produk kita tapi kita buat kajian tentang mutu produk kita.....biar sama setanding dengan produk sesama peniaga pasar malam.
Kami bukan nak menasihat tapi sekadar mengajak agar peniaga bersatu dan sama berpakat bukan bunuh mmbunuh atau iri hati diantara satu sama lain. Buanglah perangai kebudakan...jauhkan diri kita tergolong dlm Golongan DESPERADO pasar malam....gandakan keuntungan kita seiring iman kita...jauhkan diri dari bersahabat dengan syaitan....jaga akidah kita....jangan terpesong.....jadilah dewasa........
Marilah...... jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai flatfom untuk kita berubah.

..........SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..........


*Buat pengetahuan pembaca dan pelanggan dibulan Ramadhan .Kami tak masuk berniaga di pasar malam. Sebliknya kami berada di PASAR RAMADHAN BANDAR TASIK KESUMA.Jumpa kami disana......

Thursday, July 29, 2010

Tapak Jin Bertendang





Beginilah rupa tapak-tapak pasar Ramadhan.
Satu tapak (08'X10') paling murah RM250 Kalau dua tapak???

Tak berapa hari lagi Bulan Ramadhan akan menjelang. Insyaallah kalau tak salah pada hari Rabu 11hb Ogos,ramailah peniaga-peniaga atau penjaja-penjaja yang tidak melepaskan peluang memohon tapak pasar Ramadhan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Bagi penjaja makanan atau minuman di pasar malam, Pasar Ramadhan terpaksa menjadi pilihan kerana pelanggan akan berkurang berkunjung di pasar malam. Mereka lebih selesa ke pasar ramadhan kerana banyak makanan boleh dicari disitu.Peniaga pasar Ramadhan tidak hanya terdiri dari peniaga pasar malam,pengusahax kantin,restoren,geraix makan tapi dari peniaga yang berniaga setahun sekali bila tiba bulan Ramadhan.Mereka ini terdiri dari golongan bekerja yang mengambil kesempatan mencari duit lebih bila menjelang Ramadhan atau mereka ini golongan yang menjadikan pasar Ramadhan sebagai pentas untuk belajar berniaga dan mungkin akan masuk menjadi peniaga pasar malam apabila mereka telah bersedia.Mereka ini ramai seperti cendawan tumbuh tapi akan berkurangan setelah sepuluh hari kita menjalani ibadah puasa.Tak tahulah kami kenapa.......tapi agaknya kerana mereka ada pendapatan lain.Berlainan dengan mereka,kami terpaksa berniaga hingga sebulan Ramadhan kerana itulah sumber pendapatan kami.
Pasar Ramadhan bukan hanya menjadi rebutan kepada peniaga tetapi kepada persatuanx,badanx NGO,Syarikatx,orang perseorangan,AJK mesjid atau surau.Mereka berebut untuk mengelolakan tapak pasar Ramadhan dengan alasan untuk mengisi kantung.Bayangkan kepada mana-mana pengelola yang mendapat mandat mengelolakan tapak pasar Ramadhan.Pendapatan mereka memang lumayan.Kalau satu tapak (berukuran lebeh kurang 08'X10'), peniaga kena bayar RM250 (harga itu paling murah dikawasan kami)X300 tapak, tak RM75000 penganjur dapat.Berbanding peniaga pendapatan Ramadhan lum lagi boleh dijamin, entah hujan ke,ributke?Tapi RM250 satu tapak tetap kena keluar.Kebanyakan peniaga makanan dan minuman mengambil dua tapak dah tentu RM500 kena sedia kalau nak berniaga.Inilah sbbnya mengapa penganjur berebut dan sanggup bergaduh dan menggunakan bermacam cara bagi mendapatkan mandat pengelolaan.Ada penganjur yang dah dapat surat kuasa pengelolaan dari PBT tapi cuba dipintas oleh satu pihak lain yang kononnya direstui oleh ahli majlis atau wakil rakyat.Kejadian begini memang lumrah berlaku pada setiap pembukaan Pasar Ramadhan atau Pasar Malam.Ayahnyah n wannyah dah hampir sepuluh tahun terlibat dlm pasar malam dan  pasar Ramadhan macamx gelagat penganjur yang kami temui.Ada penganjur yang dah ambik duit kami yg menganjurkan tanpa kebenaran PBT,bila tiba masa nk berniaga,kami disambut dengan dengan lori-lori kosong PBT yang siap sedia nak mengangkut barang kami dan kami ditauliahkan dengan surat kompoun oleh PBT kerana berniaga tanpa lesen.Dahlah tak boleh berniaga,surat kompoun pun dapat dan barang jualan dah dimasak,dimana harus kami campakkan barangx itu.Panasnya hati kami ditipu mood berniaga hari itu pun dah hilang.Kami pulak trpaksalah mncari tapak lain untuk berniaga.Tapak-tapak hot spot semuanya dah penuh kerana kami tk mintak kerana yakinkan tapak yang ditipu tadi.Akhirnya kami akur dan berniagalah ditapak Jin Bertendang.Tak sampai dua minggu berniaga,kami pun cuti sebab tak ada pelanggan.Ini pun satu hal juga dengan penganjur yang main buka je tapak, yang jadi mangsa ialah peniaga.Duit tapak dah grenti lesap pelanggan yang datang dua tiga kerat yang ramainya jin, itu pun tak beli,mereka hanya singgah kerana mereka nampak asap sate,ayam golek,ayam percik serta asap-asap terhasil dari geraix penjaja.

tapak jin bertendang.
(gambar hiasan sahaja.tak ada kena mengena dengan cerita ayahnyah n wannyah.)

Wahai penganjur-penganjur yang disayangi......! Janganlah pasal kamu peniaga teranaya.Kamu untung itu hak kamu tapi jangan kamu tersenyum atas lelehan air mata orang lain.Jangan penganjur lain dah dapat tapak itu kamu cuba sabotaj,kamu buka sebelah atau berdekatan............kamu tabur fitnah......Jangan jadikan  Ramadhan gelanggang permusuhan........Biarlah dia dah dapat........Itu rezekinya...cuba cari jalan muafakat....
Ramadhan akan datang kita cuba sekali lagi......Ingatlah jangan jadikan peniaga mangsa kamu.Bukan senang mencari duit tapak...Ingat dosaaa.....!!!Ingatlah kamu jua akan mati..................!!!!!!!!!.....


Ingatlah...!!! Baik peniaga atau penganjur .,disinilah tempat kita nanti.



Thursday, July 22, 2010

David Kopakfil 2

David Kopakfil2
Dientry yang lepas ayahnyah n wannyah ada cerita ttg kejadian aneh yang menimpa kami.....nasi tak masak.Tapi...baru-baru ini berlaku sekali lagi kepada kami.Kali ini dihari lain dan tempat lain.Perniaagaan kami ditempat itu memang meletup, alhamdulillah ramai pelanggan,dari mula kami bukak sampai kami tutup tak putus-putus pelanggan berkunjung.Ayahnyah nak bersembang ngan wannyah pun tk sempat dek kerenah melayan pelanggan,kalau nk kira letih usah cakap,tapi disitu tak boleh cuti,sakit pun kena buat-buat sihat,kena datang.Bior merangkak.....kite kene datang juge......(Buat kate orang Perak).Kami memang tk nafikan memang disitu pendapatannya 'cover' pendapatan di tapak lain.Ditempat ini kami dah boleh agak berapa kami dapat ,berpandukan pelanggan yang datang dan hasil jualan yang tinggal.Biasalah kalau sesiapa yang berniaga dipasar malam,ada tempat tk boleh rehat,ada tempat jadi tempat honeymoon.Kadang-kadang kalu silap haribulan bleh main badminton ngan jiran depan atau sebelah.
Hari kejadian Pelanggan memang ramai dan hasil jualan licin,ayam seketul pun tak tinggal,nasi dalam tong pun licin.Sampai kami terlupa nak tinggal untuk kami makan.Hari itu kami habis awal,lebih kurang pukul 0850 mlm,barang dah habis.Wannyah nya sempat merayau nak cari makan untuk anak kami dirumah dan ayahnyah perlahanx berkemas nk balik.
Bila sampai dirumah dah turun barang dari van,selepas sembahyang isya'.Kami pun mengira kutipan jualan,kami terkejut...kami mengira dua tiga kali...takut kami tersilap.Puas kami memikir siapa yang datang kegerai kami.Kami memang perasaan memang ada kelibat orang didalam gerai kami,dia duduk dibelakang ayahnyah  semasa ayahnyah sibuk melayan pelanggan yang datang,ayahnyah sempat suruh dia berdiri diluar bersama pelanggan lain kalau nak pilih ayam untuk nasi lemak.Jenuh kami ingatkan wajah dia tapi kami gagal.Tak tahu kami nak cerita samaada dia pelanggan kami ataupun pelanggan tetap kami atau........tak tahulah..Kalau pelanggan sebegitu ramai dan barang jualan licin kami dah agak berapa pendapatan kami.Segala penat seharian terasa hilang melihat pelanggan yang mengunjungi gerai kami.Dalam perjalanan pulang,kami asyik bercerita kerenah pelanggan dan lega kerana hasil jualan hari itu dah 'cover' pendapatan hari sebelumnya.Hari sebelumnya dua hari berturut-turut hujan.
Bila kami mengira wang kutipan kami kurang.......lebih kurang RM460 dari biasa kami (anggaran itu boleh dikatakan tepat kerna dah lapan tahun kami ditapak itu,angkanya memang tak lari). Kami memang terkejut.Seluruh badan terasa letih, penat berkerja seharian hasilnya dibagi orang.Kami memang mendengar ada peniaga ayam daging dah kena dan peniaga kain tudung dah kena tapi itu ditempat lain....kini penyakit tu dah berjangkit kat kami.Senangnya ambik hasil orang....tak percaya.....tapi ia berlaku pada kami. Sungguh kami kecewa....bagi menyedapkan hati walaupun memang tak sedap kami bisikkan ditelinga masingx...''Dah bukan rezeki kita nak buat macammana''.
Ayahnyah nak puji orang itu kerana dia memiliki satu kepakaran dan dia patut mendapat gelaran David Kopakfil Malaysia.Tapi dia guna ilmu tak bertempat Dia guna pada orang yang susah mencari duit macam nak bercerai tulang dari badan.Patutnya ajarle ayahnyah, leh ayahnyah guna kat orang yang dapat hasil rasuah.Bior ayahnyah jadi Robin Hood Perak.
kami memang perasan,semasaa kami sibuk melayan pelanggan.Ada orang belakang kami.Kelihatan sedikit tersorok baldi kecil merah (bekas duit) tergantung diblakang ayahnyah.

David Kopakfil 1

Minggu lepas disalah satu tapak pasar malam, ayahnyah n wannyah mengalami dua kejadian aneh. Ditapak berlainan dan hari yang berlainan.Ayahnyah beri tajuk David Kopakfil 1 dan David kopakfil 2.Ayahnyah n wannyah bukanlah percaya sangat tentang benda-benda tahyul ini tapi.......dalam tak percaya terkena batang hidung kami.Kami taklah sebelum berniaga pergi mencari pelaris atau pendinding tapi yang kami percaya ialah berusaha dan bertawakkal kepada allah.
Kejadian pertama.....
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca ayahnyah n wannyah berniaga nasi lemak kukus.Nasi lemak itu dah terlebih dulu dikukus dirumah,nasi tu dah boleh dimakan,kami kemudian tukar bekas ke tong kayu.Ditapak pasar malam kami hanya panaskan sahaja (kalau tak payah panaskan pun nasi tu dah boleh dimakan).
Pada hari itu kami seperti biasalah kelam kabut membuka gerai maklumlah kami berdua sahaja kami tak ada pembantu.Kami dah lambat.Pelanggan dah ramai menanti,bila dah siap,kami pun dengan konfiden mulalah dah nak menjual.Alangkah terkejutnya kami nasi yang kami nak jual tu tak masak.....mentah....macam beras terendam sahaja.Kami tergamam tak terkata apa-apa.Apa yang dapat kami kata hanya memohon maaf kepada pelanggan kerana menghampakan mereka menunggu nasi yang tak masak.
Pada ketika itu tak tahulah kami nak cerita tentang perasaan kami....nak menangis pun ada kerana kerana segala usaha kami dari pagi sia-sia sahaja...Kami tak boleh berniaga...penat dah tentu penat...rugi dah tentu rugi.....bercelaru fikiran kami...tak boleh berfikir.Jiran kami...kakak yang menjual mertabak n apambalik datang menawarkan pertolongan,tanpa diminta dia memberi pendapat....ada orang dah tembak...kami  yang tak percaya pada mulanya dah mula percaya.Tapi......kenapa?Kami bukan cari musuh... kami penjaja kecil sahaja.Kakak jiran kami tadi memberikan wannyah segenggam garam,dia suruh wannyah taburkan disekeliling gerai kami,katanya untuk penawar.Walupun hati ayahnyah masih tidak mahu mempercayai....buatan orang tapi....kami menghargai segala pertolongan yang dihulurkan.....benda dah terjadi.....percaya atau tidak....ia terjadi didepan mata dan kami mengalaminya sendiri.Terima kasih kak.....!
Dalam tak percaya tu....hati ayahnyah mula berdetik rasa macam tahu angkara siapa....rupanya wannyah pun punya jawapan sama.Sebenarnya kejadian begini bukanlah kali pertama berlaku.Ini adalah kali ketiga dan ditempat yang sama.Kali pertama pada mula-mula pasar itu dibuka,kali kedua tak ingat tarikhnya tapi dah dua tiga tahun lepas.Tapi kali ini teruk sedikit kerana ayahnyah besarkan api, nasi tak mahu jugak masak.Ayahnyah terpaksa pinjam besen besar untuk pindahkan nasi dari tong kayu kebesen.Ayahnyah pasang api besar dan masukkan beras tu sedikit demi sedikit kedalam tong kayu itu semula.Tong kayu tu hampir hangus dek api besar tapi nasi tak masak juga.
Ayahnyah n wannyah tak putus asa, takkan orang yang buat ini lebih berkuasa dari kuasa allah,ayahnyah n wannyah tak putus berdoa dan mengadu pada allah, agar kami diizinkan untuk berniaga pada hari itu.Alhamdullilah,allah makbulkan rayuan kami,pada jam 0730 malam nasi kami mula masak dan dah boleh dijual.Selepas solat maghrib ayahnyah sempat melakukan sujud syukur kerana keizinan allah kami dapat berniaga hari itu walaupun kami mengalami kerugian kerana tong kayu kami dah hangus tak boleh pakai dan tak semua nasi boleh dijual.Tapi kami tetap menang kerana kami ada allah untuk mengadu.
Kira-kira pukul 0930 malam, semasa ayahnyah sibuk melayan pelanggan datang seorang lelaki yang umurnya lebih kurang kami berbaju merah, kami tak kenal dia. Dia bertanyakan kami tentang nasi lemak kukus dan nak buka penutup tong kayu tapi ayahnyah larang.Dia macam mengarahkan kami untuk membuka penutup tong.Ayahnyah marah,dia berlalu tanpa tercapai hajatnya.Pelanggan kami pun hairan melihat gelagat lelaki itu.....ada seorang pelanggan wanita berkata,''Buat apa pakcik nak dengar cakap dia,entah apa yang nak dibuatnya''.Heran juga kami dibuatnya.Mungkin....dia jugak heran camna kami boleh meneruskan perniagaan....tapi itu hanyalah tanggapan ayahnyah sahaja.
Peristiwa yang menimpa ayahnyah n wannyah, sebenarnya menyedarkan kami,kami dah lama hanyut dalam kesibukan kerja....kami alpa selama ini....solat kami compang camping...kami dah jadi hamba dunia......Alhamdullah ya allah...kami bersyukur engkau ingatkan kami.Walaupun kami dilakukan sebegini tapi kami puji kerana ada juga bangsa kami yang pakar macam David Kopakfil.......tapi kami terkilan kerana kepandaiannya itu sepatutnya bukan dituju pada kami tapi dia patut buka restoren besar bersebelahan restoren ternama dan tembak restoren itu agar pelanggannya berpindah kedia atau buka mini market bersebelahan hyper market ternama dan tembak agar pelanggan berpindah kepada dia.....barulah cepat kaya.Bukan pada kami yang perniagaannya kebelakangan ini terasa tenatnya.Harga barang semuanya melambug naik (nantikan komen kami dientry akan datang).Lagi satu mungkin sipenembak lupa yang dia satu hari nanti akan mati....Sedarlah bangsaku bersaing lah cara sihat.....Bagi kami....kami sedar kami ada allah untuk mengadu....takkan berlakunya tanpa izinnya........amiiiiiinnnnnnnnnnn.Nantikan David Kopakfil 2.....
inilah tong kayu kukus yang dah hangus tak boleh digunakan lagi.

Pemberitahuan sahaja


Di blog ayahnyah ini, ayahnyah n wannyah tak nak bercerita tentang menu jualan sahaja tetapi kami nak bercerita tentang kisah-kisah,pengalaman,kerenah (peniaga,pelanggan,penganjur n penguatkuasa).Nantikan dientry kami yang akan datang.Bukanlah kami nak cari publisiti tapi sekadar nak berkongsi cerita bersama pembaca.Mungkin dikalangan pembaca adalah bekas atau masih berniaga dipasar malam atau mungkin pembaca sudah dulu mengharungi dan mengalami kisah-kisah yang akan kami ceritakan nanti.Untuk pengetahuan pembaca kami akan pautkan juga cerita kami ini diblog kami yang satu lagi tokdewangsa.