Beginilah rupa tapak-tapak pasar Ramadhan.
Satu tapak (08'X10') paling murah RM250 Kalau dua tapak???
Pasar Ramadhan bukan hanya menjadi rebutan kepada peniaga tetapi kepada persatuanx,badanx NGO,Syarikatx,orang perseorangan,AJK mesjid atau surau.Mereka berebut untuk mengelolakan tapak pasar Ramadhan dengan alasan untuk mengisi kantung.Bayangkan kepada mana-mana pengelola yang mendapat mandat mengelolakan tapak pasar Ramadhan.Pendapatan mereka memang lumayan.Kalau satu tapak (berukuran lebeh kurang 08'X10'), peniaga kena bayar RM250 (harga itu paling murah dikawasan kami)X300 tapak, tak RM75000 penganjur dapat.Berbanding peniaga pendapatan Ramadhan lum lagi boleh dijamin, entah hujan ke,ributke?Tapi RM250 satu tapak tetap kena keluar.Kebanyakan peniaga makanan dan minuman mengambil dua tapak dah tentu RM500 kena sedia kalau nak berniaga.Inilah sbbnya mengapa penganjur berebut dan sanggup bergaduh dan menggunakan bermacam cara bagi mendapatkan mandat pengelolaan.Ada penganjur yang dah dapat surat kuasa pengelolaan dari PBT tapi cuba dipintas oleh satu pihak lain yang kononnya direstui oleh ahli majlis atau wakil rakyat.Kejadian begini memang lumrah berlaku pada setiap pembukaan Pasar Ramadhan atau Pasar Malam.Ayahnyah n wannyah dah hampir sepuluh tahun terlibat dlm pasar malam dan pasar Ramadhan macamx gelagat penganjur yang kami temui.Ada penganjur yang dah ambik duit kami yg menganjurkan tanpa kebenaran PBT,bila tiba masa nk berniaga,kami disambut dengan dengan lori-lori kosong PBT yang siap sedia nak mengangkut barang kami dan kami ditauliahkan dengan surat kompoun oleh PBT kerana berniaga tanpa lesen.Dahlah tak boleh berniaga,surat kompoun pun dapat dan barang jualan dah dimasak,dimana harus kami campakkan barangx itu.Panasnya hati kami ditipu mood berniaga hari itu pun dah hilang.Kami pulak trpaksalah mncari tapak lain untuk berniaga.Tapak-tapak hot spot semuanya dah penuh kerana kami tk mintak kerana yakinkan tapak yang ditipu tadi.Akhirnya kami akur dan berniagalah ditapak Jin Bertendang.Tak sampai dua minggu berniaga,kami pun cuti sebab tak ada pelanggan.Ini pun satu hal juga dengan penganjur yang main buka je tapak, yang jadi mangsa ialah peniaga.Duit tapak dah grenti lesap pelanggan yang datang dua tiga kerat yang ramainya jin, itu pun tak beli,mereka hanya singgah kerana mereka nampak asap sate,ayam golek,ayam percik serta asap-asap terhasil dari geraix penjaja.
tapak jin bertendang.
(gambar hiasan sahaja.tak ada kena mengena dengan cerita ayahnyah n wannyah.)
Wahai penganjur-penganjur yang disayangi......! Janganlah pasal kamu peniaga teranaya.Kamu untung itu hak kamu tapi jangan kamu tersenyum atas lelehan air mata orang lain.Jangan penganjur lain dah dapat tapak itu kamu cuba sabotaj,kamu buka sebelah atau berdekatan............kamu tabur fitnah......Jangan jadikan Ramadhan gelanggang permusuhan........Biarlah dia dah dapat........Itu rezekinya...cuba cari jalan muafakat....
No comments:
Post a Comment