Minggu lepas disalah satu tapak pasar malam, ayahnyah n wannyah mengalami dua kejadian aneh. Ditapak berlainan dan hari yang berlainan.Ayahnyah beri tajuk David Kopakfil 1 dan David kopakfil 2.Ayahnyah n wannyah bukanlah percaya sangat tentang benda-benda tahyul ini tapi.......dalam tak percaya terkena batang hidung kami.Kami taklah sebelum berniaga pergi mencari pelaris atau pendinding tapi yang kami percaya ialah berusaha dan bertawakkal kepada allah.
Kejadian pertama.....Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca ayahnyah n wannyah berniaga nasi lemak kukus.Nasi lemak itu dah terlebih dulu dikukus dirumah,nasi tu dah boleh dimakan,kami kemudian tukar bekas ke tong kayu.Ditapak pasar malam kami hanya panaskan sahaja (kalau tak payah panaskan pun nasi tu dah boleh dimakan).
Pada hari itu kami seperti biasalah kelam kabut membuka gerai maklumlah kami berdua sahaja kami tak ada pembantu.Kami dah lambat.Pelanggan dah ramai menanti,bila dah siap,kami pun dengan konfiden mulalah dah nak menjual.Alangkah terkejutnya kami nasi yang kami nak jual tu tak masak.....mentah....macam beras terendam sahaja.Kami tergamam tak terkata apa-apa.Apa yang dapat kami kata hanya memohon maaf kepada pelanggan kerana menghampakan mereka menunggu nasi yang tak masak.
Pada ketika itu tak tahulah kami nak cerita tentang perasaan kami....nak menangis pun ada kerana kerana segala usaha kami dari pagi sia-sia sahaja...Kami tak boleh berniaga...penat dah tentu penat...rugi dah tentu rugi.....bercelaru fikiran kami...tak boleh berfikir.Jiran kami...kakak yang menjual mertabak n apambalik datang menawarkan pertolongan,tanpa diminta dia memberi pendapat....ada orang dah tembak...kami yang tak percaya pada mulanya dah mula percaya.Tapi......kenapa?Kami bukan cari musuh... kami penjaja kecil sahaja.Kakak jiran kami tadi memberikan wannyah segenggam garam,dia suruh wannyah taburkan disekeliling gerai kami,katanya untuk penawar.Walupun hati ayahnyah masih tidak mahu mempercayai....buatan orang tapi....kami menghargai segala pertolongan yang dihulurkan.....benda dah terjadi.....percaya atau tidak....ia terjadi didepan mata dan kami mengalaminya sendiri.Terima kasih kak.....!
Dalam tak percaya tu....hati ayahnyah mula berdetik rasa macam tahu angkara siapa....rupanya wannyah pun punya jawapan sama.Sebenarnya kejadian begini bukanlah kali pertama berlaku.Ini adalah kali ketiga dan ditempat yang sama.Kali pertama pada mula-mula pasar itu dibuka,kali kedua tak ingat tarikhnya tapi dah dua tiga tahun lepas.Tapi kali ini teruk sedikit kerana ayahnyah besarkan api, nasi tak mahu jugak masak.Ayahnyah terpaksa pinjam besen besar untuk pindahkan nasi dari tong kayu kebesen.Ayahnyah pasang api besar dan masukkan beras tu sedikit demi sedikit kedalam tong kayu itu semula.Tong kayu tu hampir hangus dek api besar tapi nasi tak masak juga.
Ayahnyah n wannyah tak putus asa, takkan orang yang buat ini lebih berkuasa dari kuasa allah,ayahnyah n wannyah tak putus berdoa dan mengadu pada allah, agar kami diizinkan untuk berniaga pada hari itu.Alhamdullilah,allah makbulkan rayuan kami,pada jam 0730 malam nasi kami mula masak dan dah boleh dijual.Selepas solat maghrib ayahnyah sempat melakukan sujud syukur kerana keizinan allah kami dapat berniaga hari itu walaupun kami mengalami kerugian kerana tong kayu kami dah hangus tak boleh pakai dan tak semua nasi boleh dijual.Tapi kami tetap menang kerana kami ada allah untuk mengadu.
Kira-kira pukul 0930 malam, semasa ayahnyah sibuk melayan pelanggan datang seorang lelaki yang umurnya lebih kurang kami berbaju merah, kami tak kenal dia. Dia bertanyakan kami tentang nasi lemak kukus dan nak buka penutup tong kayu tapi ayahnyah larang.Dia macam mengarahkan kami untuk membuka penutup tong.Ayahnyah marah,dia berlalu tanpa tercapai hajatnya.Pelanggan kami pun hairan melihat gelagat lelaki itu.....ada seorang pelanggan wanita berkata,''Buat apa pakcik nak dengar cakap dia,entah apa yang nak dibuatnya''.Heran juga kami dibuatnya.Mungkin....dia jugak heran camna kami boleh meneruskan perniagaan....tapi itu hanyalah tanggapan ayahnyah sahaja.
Peristiwa yang menimpa ayahnyah n wannyah, sebenarnya menyedarkan kami,kami dah lama hanyut dalam kesibukan kerja....kami alpa selama ini....solat kami compang camping...kami dah jadi hamba dunia......Alhamdullah ya allah...kami bersyukur engkau ingatkan kami.Walaupun kami dilakukan sebegini tapi kami puji kerana ada juga bangsa kami yang pakar macam David Kopakfil.......tapi kami terkilan kerana kepandaiannya itu sepatutnya bukan dituju pada kami tapi dia patut buka restoren besar bersebelahan restoren ternama dan tembak restoren itu agar pelanggannya berpindah kedia atau buka mini market bersebelahan hyper market ternama dan tembak agar pelanggan berpindah kepada dia.....barulah cepat kaya.Bukan pada kami yang perniagaannya kebelakangan ini terasa tenatnya.Harga barang semuanya melambug naik (nantikan komen kami dientry akan datang).Lagi satu mungkin sipenembak lupa yang dia satu hari nanti akan mati....Sedarlah bangsaku bersaing lah cara sihat.....Bagi kami....kami sedar kami ada allah untuk mengadu....takkan berlakunya tanpa izinnya........amiiiiiinnnnnnnnnnn.Nantikan David Kopakfil 2.....
inilah tong kayu kukus yang dah hangus tak boleh digunakan lagi.
macam-macam org sanggup lakukan kerana perasaan iri hati dan hasad denggi
ReplyDeletesmoga ayahnyah dan wannyah sentiasa dilindungi Allah s.w.t, amin...
amin....insyaallah.
ReplyDelete