"ASSALAMUALAIKUM"

"Terima kasih telah mengunjungi blog saya semoga dapat mengambil manafaatnya dan mohon maaf bila semua isi di dalamnya tidak sesuai dengan harapan anda "

Thursday, August 19, 2010

Kunjungan siputeri kembar

Pada hari Ahad 08.08.10 kami di kejutkan dengan kunjungan siputeri kembar Hairey (kakimotong) dan Maria kegerai kami. Ayahnyah dan wannyah belum sempat buka mereka dah sampai.


ayahnyah baru nak mengisi minyak untuk menggoreng. Gerai orang lain dah buka tapi kami baru terkial nak mula. Maklumlah kami berdua tanpa pembantu.Mencari pembantu sekarang ini bukannya mudah, naik pening kami berdua memikirnya.Hati dan semangat memang nak laju, semua benda nak buat tapi........dah tinggal semangat.


Inilah Yazrin (along) dan Yazmin (angah). Mana satu kami pun keliru.Dah dua tiga kali papa n mamanya bagitahu, masih kami keliru.
Lihatlah sempat mereka berposing di tiang khemah kami.

Dah penat berdiri mereka duduk pula dibelakang khemah.

Huhhh....tak siapke lagi tok...nenek..? Ok,dah siap...

Elok je tak berapa lama mereka balik....Hujan pun turun dengan anginnya sekali. Alhamdulillah masa itu lauk-lauk kami pun dah tinggal sedikit.

Lihat hari dah gelap tapi...jam baru menunjukkan pukul 0627 petang. Belum waktu berbuka pun.

Wannyah tersengih, tak boleh nak berkemas kerana hujan lebat.Kelihatan Dapiq anak angkat kami. Beliau berniaga air.Berkongsi khemah dengan lami.Bertudung merah jambu adik iparnya.

Kita merancang tapi.....Allah menentukan.Kita manusia yang lemah selalu menyalahkan taqdir.Secara tidak sedar kita menuduh Allah tidak berlaku adil tapi...percayalah dan yakinlan setiap ujian yang datang adalah untuk mengangkat mertabat hambanya.Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang redha dan diredhai.Aminn..

2 comments:

  1. smoga perniagaan ayahnyah dan wannyah maju sentiasa, amin... :)

    ReplyDelete
  2. alahai....comelnya si kembar itu....

    ReplyDelete