KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
Beginilah tapak pasar Ramadhan Tasik Kesuma. Keluasan setiap tapak ialah 8'X10'. Peniaga dikenakan bayaran sebanyak RM250 bagi setiap tapak untuk sebulan.
Lokasi tapak boleh kelihatan dari jalan besar Kajang - Seremban.Selain menyediakan banyak tapak-tapak untuk peniaga. Ia juga mempunyai kawasan luas untuk letak kereta bagi pengunjung yang berkunjung ke Pasar Ramadhan.
Uniknya Pasar Ramadhan ini ialah ia satu-satunya Bazar Ramadhan di bawah Majlis Perbandaran Kajang (mungkin ditempat lain mungkin ada,ayahnyah tak dapat info tapi yang ayahnyah diberitahu Tasik Kesuma sahaja) yang menyediakan Balai berbuka puasa beramai-ramai dan kemudahan surau untuk lelaki dan wanita.Syabas diucapkan kepada penganjurnya yang diketuai oleh Saudara Norazhar dari Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Selangor berpejabat di Bandar Teknologi Kajang. Sepatutnya penganjur ditempat lain juga patut mengikut contoh penganjur Tasik Kesuma.
Kaunter zakat fitrah pun disediakan bagi memudahkan peniaga dan pengunjung menunaikan kewajipan mereka.
Amil zakat fitrah Tuan Haji Yazid,Imam surau fasa enam Bandar Tasik Kesuma.
Juadah berbuka puasa disumbangkan oleh penganjur dan peniaga.
Peniaga dan AJK Bazar sedang berbuka puasa.
Wannyah sedang menjamu selera selepas menunaikan solat fardhu maghrib.
Kelihatan kawasan tertutup itu ialah ruang solat wanita.
Saudara Mohd Shafiq bin Norazhar.Orang kuat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Bazar Ramadhan Tasik Kesuma. Syabas Syafiq...........!!!!!
Bilangan peniaga yang berniaga di Bazar Ramadhan Tasik Kesuma pada tahun ini bertambah,difahamkan hampir keseluruhan tapak terjual.
Pembantu gerai ayahnyah sedang asyik melayan pelanggan.
Sebahgian dari peniaga di Bazar Ramadhan.
Gerai Air Rita Bakery. Tinggal tong kosong je!!!
Gerai warisan bonda juga menjual nasi lemak.
Kelihatan gerai sampai kehujung.
Ipin dan anak nya,menjual mee goreng kuali besar.Mee Kuala Selangor..
Gerai Aman dan Annie juga meenjual nasi lemak..