JOM TRY NASI LEMAK KUKUS AYAHNYAH.
Ayahnyah dan isteri (Wannyah), berniaga nasi lemak kukus di pasar-pasar malam sekitar Pekan Semenyih, Kajang dan Bangi, Selangor. Waktu perniagaan kami iaitu dari jam 0500 petang hingga jam 1000 malam. Buat masa ini hari Khamis dan Jumaat sahaja, kami cuti. Pada hari Isnin kami berada di Tasik Kesuma Semenyih, hari Selasa kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. Hari Rabu kami berada di Taman Paling Jaya, Semenyih. Hari Sabtu kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi dan Ahad pula kami berada di Taman Kajang Utama, Kajang.
Insyaallah kalau tidak ada aral melintang, pada hari Jumaat kami akan berada di Taman Sentosa, Sungai Jelok, Kajang. Pasar malam itu akan di buka pada awal bulan Julai (tarikhnya belum ditentukan oleh penganjur).
Menu- menu panas serta harga yg disediakan.
Lauk-pauk yang kami sediakan bersama nasi lemak kukus untuk para pelanggan buat masa ini ialah telur mata dan lauk ayam sahaja.Menu utama kami ialah ayam goreng berempah.Ayam goreng berempah ada tiga jenis: i. Ayam berempah biasa. ii. Ayam berempah krispy. iii. Ayam berempah madu.Nasi lemak biasa kami berharga RM2.00 (nasi lemak + telur mata).Nasi lemak dan lauk ayam RM3.50. Nasi lemak + ayam + telur mata RM4.50. Ayam sahaja seketul RM2.50 (harga terkini).
Nasi lemak kukus yang dipesan pelanggan.Lauk-pauk yang kami sediakan bersama nasi lemak kukus untuk para pelanggan buat masa ini ialah telur mata dan lauk ayam sahaja.Menu utama kami ialah ayam goreng berempah.Ayam goreng berempah ada tiga jenis: i. Ayam berempah biasa. ii. Ayam berempah krispy. iii. Ayam berempah madu.Nasi lemak biasa kami berharga RM2.00 (nasi lemak + telur mata).Nasi lemak dan lauk ayam RM3.50. Nasi lemak + ayam + telur mata RM4.50. Ayam sahaja seketul RM2.50 (harga terkini).
Beginilah rupa nasi lemak yang telah di pesan oleh pelanggan yang sudah siap untuk dibungkus. Harga seperti di gambar RM3.50 (harga terkini). Kalau tambah telur mata RM4.50. Rendang minang.
Bagi pelanggan yang sukakan pedas, rendang padang menjadi pilihan kerana ramuannya mengandungi cili padi.Harga seketul ialah RM2.50.
Ayam kuzi.
Perbezaan ayam kuzi dan masak merah ialah ayam kuzi ada di campur rempahnya.Harga seketul RM2.50 (harga terkini).
Ayam goreng berempah crispy berbeza dengan ayam goreng berempah biasa kerana ia bersalut tepung berempah. Ada juga pelanggan meminta disapu madu. Terpulanglah mengikut selera pelanggan. Harga seketul ayam RM2.50 (harga terkini).
Perbezaan ayam kuzi dan masak merah ialah ayam kuzi ada di campur rempahnya.Harga seketul RM2.50 (harga terkini).
Ayam goreng berempah crispy berbeza dengan ayam goreng berempah biasa kerana ia bersalut tepung berempah. Ada juga pelanggan meminta disapu madu. Terpulanglah mengikut selera pelanggan. Harga seketul ayam RM2.50 (harga terkini).